Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, December 14, 2009

Prinsip Pareto - Hasil Banyak, Usaha Sedikit

  Mohd Shubhi       Monday, December 14, 2009

Pada abad ke 19, seorang pakar ekonomi Wilfred Pareto telah membuat satu penemuan yang amat penting yang jika digunakan dapat mengoptimumkan segala gerak kerja kita dalam mencapai apa yang kita rancangkan.

Wilfred Pareto telah menemui bahawa lebih kurang 80% daripada kekayaan dunia dikuasai oleh hanya 20% daripada jumlah penduduk dunia.


Dia mula mengkaji nisbah tersebut di dalam perkara-perkara yang lain dan mendapati bahawa teori nisbah in berlaku di hampir semua keadaan di dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh:
1. 80% daripada kemusnahan atau kerosakan akibat aktiviti jenayah datang daripada hanya 20% daripada penjenayah.
2. 80% daripada kemalangan datang dari 20% pemandu.
3. 80% daripada kes perceraian datang daripada hanya 20% mereka yang berkahwin (banyak kes individu yang sama yang bercerai berkali-kali).

Pada tahun 1960, syarikat IBM membuat penemuan bahawa 80% daripada masa beroperasi komputer mereka hanya beroperasi untuk melaksanakan 20% daripada programming mereka. Dengan menumpukan usaha memperbaiki 20% programming tersebut mereka dapat meningkatkan kemampuan dan keberkesanan penggunaan komputer mereka dalam masa yang singkat.

Hari ini banyak syarikat-syarikat besar telah menggunakan prinsip ini untuk meningkatkan kecekapan mereka dan mengoptimumkan keuntungan dengan cara yang berkesan, kurang kerja dan cepat.

Cuba kita perhatikan apa yang berlaku dalam aktiviti seharian kita, kita akan menemui kebenaran prinsip ini:
- 80% daripada hasil kejayaan kita datang dari 20% usaha kita.
- 80% dari pertengkaran kita dengan pasangan kita datang dari 20% isu yang kita tak puas hati.
- 80% dari pakaian yang kita pakai datang dari 20% jumlah baju yang kita ada.
- 80% dari kerosakan tikar kita terdapat dalam 20% dari keluasan tikar itu.
- 80% dari masa kita berjumpa atau berbual dengan orang adalah dengan 20% daripada kenalan kita.

Apabila kita mula memerhatikannya kita akan sedar bahawa ada banyak perkara yang kita boleh perbaiki hanya dengan menumpukan pada benda yang betul, dan kita akan melipat gandakan hasil dalam masa dan usaha yang sedikit.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Prinsip Pareto - Hasil Banyak, Usaha Sedikit

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Salam.

    Pareto ni memang genius. Tapi dia terlupa kira:

    100% effort ==> 400% result

    hehe.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !