Saturday, December 5, 2009

Rahsia Lelaki Sihat Dan Umur Panjang - Tenung Buah Dada Wanita



Satu penemuan dari hasil kajian yang menarik dilaporkan di The Times OF India menyatakan bahwa jika anda merenung buah dada wanita selama 10 minit sehari, jangkahayat anda akan meningkat selamat 5 tahun.

Kajian dijalankan di Jerman dan disiarkan di dalam New England Journal of Medicine. Mereka menyebutkan bahawa renungan selama 10 minit itu adalah bersamaan dengan 30 minit bersenam di Gym.

Penelitian terhadap 200 orang untuk selama 5 tahun menunjukkan mereka yang berbuat demikian mempunyai tekanan darah yang tidak tinggi, kurang masalah penyakit jantung dan mempunyai degupan jantung yang perlahan (seperti orang yang kuat bersukan).

Menerangkan rasionalnya penemuan itu Dr Karen Weatherby berkata bahawa peningkatan keinginan seks menghasilkan aliran darah yang baik yang mana ia bermakna meningkatkan tahap kesihatan.

Amaran untuk para lelaki: " Jangan ambil kesempatan dari kajian ini untuk merenung buah dada orang lain selain dari isteri anda, anda mungkin pendek umur jika ditangkap isteri"


Friday, December 4, 2009

Doa Turun Bala Kepada PM - Takut Pada Tuhan !


Kecoh dibuatnya orang Umno apabila Tok Guru Nik Aziz menyeru agar orang ramai mendoakan kebinasaan PM Malaysia kerana tidak memberikan royalti minyak kepada negeri Kelantan sehingga ada yang menggesa Tuan Guru letak jawatan, ada juga yang berdemontrasi dan berbagai-bagai lagi.

Melihat kejadian yang berlaku saya berasa amat lega sekali. Terutama dan amat penting sekali ialah kerana ini membuktikan bahawa orang Umno amat takut kepada Tuhan yang bererti mereka percaya kebesaran Allah. Jika tidak manakan mereka perduli samada orang berdoa atau tidak berdoa.

Yang keduanya ialah menunjukkan bahawa mereka juga percaya kepada rasul, kerana banyak hadith yang menyatakan kelebihan berdoa, terutama mustajabnya doa orang yang dizalimi. Dan mereka juga yakin akan doa adalah senjata orang mukmin.

Mereka menjadi gempar dan takut bukan kepada Tok Guru, tapi kepada saranan Tok Guru, dan Tok Guru pula bukannya menyuruh orang ramai sendiri menghancurkan PM jika masih menyekat hak royalti negeri Kelantan. Tok Guru hanya suruh orang berdoa kepada Allah, Yang Empunya segala isi langit dan bumi ini. Biarlah Allah menentukan mustajab atau tidak mustajab doa orang ramai. Tiada aksi fizikal yang disarankan oleh Tok Guru, tak ada orang yang akan angkat senjata, hanya angkat tangan mengadah dan mengadu kepada Yang Maha Adil.


Terpulanglah kepada yang nak kena didoakan bermuhasabah dirinya berlandaskan hukum hakam syariat samada apa yang dilakukannya zalim atau tidak zalim. Inilah masanya para ulama penasihat PM berijtihad secara jujur untuk memberikan fatwa mereka kepada PM.

Apa nak takut Berani Kerana Benar ! Syabas Tok Guru kerana menghidupkan prinsip rukunegara kepada rakyat Malaysia, Percaya Kepada Tuhan.

Penggunaan Handphone Tidak Menambah Kes Barah Otak


Satu ketika dulu heboh orang mengatakan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat menyebabkan barah otak sehingga banyak aksesori yang dapat menghalang radiasi elektromagnet berada di pasaran.

Persatuan pengguna P Pinang (CAP) juga menjadi antara badan yang kuat memberikan kesedaran tentang bahaya ini sampai Presidennya tak mau pakai Handphone.

Namun kajian pada 1998 menunjukkan sebaliknya dan baru-baru ini kajian susulan yang dijalankan oleh The Danish Cancer Society menunjukkan tiada perubahan kenaikan kes barah otak terhadap 59,654 kes barah otak selama 30 tahun dari 1973 hingga 2003. Kajian dilakukan terhadap 16 juta orang dewasa.

Kajian susulan dari 1998 tersebut masih menunjuk keputusan yang negatif terhadap pengaruh handphone terhadap kes barah otak.

Walau bagaimanapun, pakar menyatakan masih ada kemungkinan kesannya adalah melebihi 10 tahun penggunaan, satu kajian susulan perlu dijalankan lagi bagi membuat rumusan yang lebih tepat.

Kesan Buruk Lain

Yang pastinya, penggunaan handphone sebenarnya adalah lebih merbahaya sehingga dapat membunuh ramai manusia apabila digunakan ketika sedang memandu. Banyak kemalangan kecil akibat bermain sms ketika memandu terjadi di jalanraya.

Bermain sms ketika memandu juga menyebabkan ramai orang yang terpaksa berbelanja lebih akibat disaman oleh polis trafik.

Handphone juga meningkatkan kes sakit otak akibat pergaduhan suami isteri apabila salah seorang pasangan terjumpa sms curang bermain kayu tiga dari pasangan satu lagi. Akibatnya si suami atau si isteri terpaksa berhati-hati di mana handphone disorokkan takut kalau-kalau pasangannya mencuri baca sms.

Handphone juga meningkatkan kes fitnah sesama manusia apabila laporan palsu bertebaran berleluasa. Banyak maklumat kenyataan palsu dari ulamak seperti Datuk Haron Din disebarkan melalui sms yang mencelarukan umat islam.

Handphone juga dapat menumbangkan kerajaan apabila maklumat politik pantas di sebarkan oleh parti lawan. Selain dari sumbangan blog, sms juga memainkan peranan yang tinggi dalam kejatuhan BN menguasai 2/3 kerusi parlimen.

Handphone juga dapat menumbangkan seorang menteri kabinet kerana rakaman aktiviti tidak bermoral di rakamkan dan sebarkan seperti kes Chua Soi Lek. Kes Elizabeth Wong juga berjaya mengkucarkacirkan kedudukannya sebagai Exco negeri.

Di Selatan Thailand, banyak nyawa melayang akibat dari letupan bom yang menggunakan handphone sebagai suis jarak jauh bahan letupan.

Handphone yang sering berbunyi ketika orang mengerjakan solat berjemaah juga banyak mengganggu jemaah dengan lagu-lagu yang kadangkala brutal, lawak dan menyakitkan hati, begitu juga ketika mesyuarat atau seminar dijalankan, kita sering terkejut dengan bunyi nada dering yang kuat.

Banyak juga kereta pecah akibat tertinggal handphone di dalam kereta yang mengundang cubaan mencuri handphone tersebut. Begitu juga rompakan handphone oleh penyamun jalanan yang bermotor yang datang merampas ketika orang sedang berjalan, dan kadangkala mengundang kemalangan besar.

Begitulah manusia, segala ciptaan di muka bumi ini di berikan Allah untuk kita menjalani kehidupan. Terpulanglah kepada ketakwaan masing-masing memilih matlamat dari penggunaan kita ke atas segala ciptaanNya. Seperti kata lirik sebuah lagu

"Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kiri mu, aku tak tahu yang mana akan kau berikan pada ku".....

Thursday, December 3, 2009

Sarapan Dengan Rokok - Risiko Barah Paru-Paru Tinggi


Semasa zaman pelajar dulu ada di kalangan kawan-kawan yang mulakan sarapan pagi mereka dengan sebatang rokok. Sebaik saja terjaga dari tidur mereka akan meraba kotak rokok dahulu dan mula menyalakan sebatang rokok sambil bermenung sebentar. Sekarangpun saya melihat masih ramai yang mempunyai tabiat yang serupa.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Penn State College terhadap 250 perokok mendapati kandungan nicotinine dalam darah mereka yang bersarapan dengan rokok adalah amat tinggi berbanding dengan mereka yang menunggu dengan bersarapan dengan sempurna sebelum menghisap rokok.

Penyelidik berpendapat bahawa ini memberi petanda bahawa golongan ini memerlukan rawatan yang lebih sukar untuk meninggalkan tabiat merokok. Mungkin disebabkan ketidakupayaan menahan ketagih terhadap rokok membuatkan mereka terus mencari rokok sebaik sahaja tersedar dari tidur.

Kandungan nocotinine dalam darah menjadi penunjuk terhadap kemupayaan serangan barah paru-paru. Kandungan mereka yang merokok dalam linkungan 30 minit selapas jaga dari tidur menunjukkan tahap yang paling tinggi.

Para pakar mencadangkan agar perokok tegar meninggalkan tabiat bersarapan dengan rokok sebagai langkah permulaan ke arah usaha berhenti merokok.