Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 8, 2010

Jogging Berkaki Ayam Lebih Baik Untuk Sendi Dari Berkasut

  Mohd Shubhi       Friday, January 8, 2010

Hasil dari satu kajian yang dilakukan di Charlottesville, Amerika oleh sekumpulan penyelidik mendapati kesihatan sendi-sendi kaki seorang pelari adalah lebih terjamin jika dibandingkan dengan memakai kasut khas untuk berlari atau berjogging.

Kajian dijalankan terhadap 68 pelari yang tidak mempunyai rekod kecederaan dan mereka berlari dengan kadar purata 15 batu seminggu dengan memakai kasut jogging. Para penyelidik mengkaji kesan daripada larian dengan kasut dan membandingkan dengan larian mereka tanpa berkasut.



Apa yang mengejutkan ialah tekanan terhadap sendi peha, sendi lutut dan sendi pergelangan kaki adalah lebih teruk jika berkasut jika dibandingkan dengan tekanan yang disebabkan oleh kasut bertumit tinggi.

Walaupun pengeluar kasut sukan mereka berbagai jenis kasut dengan teknologi baru, jumlah kecederaan akibat bersukan tidak pernah menunjukkan satu perubahan yang baik.

Nampaknya kita telah tertipu selama ini dengan iklan para pengeluar kasut yang mempromosikan kasut mereka dengan canggih dan penuh dengan janji-janji yang hebat.

Terbukti ciptaan semulajadi dari Allah tak dapat dikalahkan oleh sesiapa saja. Jika kita fikirkan, manusia yang berkaki ayam sepanjang masa akan membina tapak kaki yang semakin hari semakin kuat dan kukuh, sedangkan mereka yang berkasut, semakin dipakai semakin nipis tapak kasut tersebut.

Alahai!, baru saja saya perabis duit beli kasut jogging mahal, kononnya nak jaga kaki. Dulu ada seorang berbangsa cina yang sering jogging tiap-tiap pagi di taman saya yang sentiasa berkaki ayam pusing padang. Saya selalu tengoknya dengan perasan yang sinis (tak tunjuk lah!), dia pernah kata pada saya yang pakai kasut tak bagus yang saya tak ambil perhatian dan tak percaya, rupanya dia mungkin dah lama tahu.

Pada kawan-kawan yang termakan nasihat saya untuk membeli kasut yang berkualiti, minta maaf lah ya!.

Hebatnya tapak ciptaan Allah, semakin dipakai semakin teguh, bukannya semakin haus. Sesungguhnya pada setiap kejadian ada tanda-tanda kebesaran Allah, tapi terlalu sedikit manusia yang memikirkannya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jogging Berkaki Ayam Lebih Baik Untuk Sendi Dari Berkasut

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. salam ,baru nk pi Al-Ikhsan...nampk gaya sape lagi lah duit.....hehe

    ReplyDelete
  2. Abdullah,
    Takkan nak berjogging tak pakai kasut keliling gelugoq kot, sat gi orang kata buang tabiat...!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !