Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, January 14, 2010

Tiada Tuhan Melainkan Tuhan

  Mohd Shubhi       Thursday, January 14, 2010

Banyak pihak menggesa agar Pihak Gereja yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam majalah mingguan mereka menarik balik dan melupakan hasrat mereka itu.

Ketua Agama Islam di Selangor juga menegaskan bahawa Allah adalah hak ekslusif pengganut agama Islam di Malaysia, begitu juga Majlis Fatwa Kebangsaan berpendirian yang sama, sebagai menafsirkan perlembagaan negara Malaysia yang melarang agama lain selain dari Islam melakukan aktiviti dakwah agama mereka kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam.



Datuk Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas juga menegaskan bahawa Kufur atau menjadi Murtad atau keluar dari Islam sesiapa yang membenarkan pihak Kristian menggunakan istilah Allah dalam majalah mingguan mereka.

Dalam khutbah Jumaat lepas juga imam menegaskan betapa nama Allah itu merupakan hak atau perkataan istemewa umat Islam, beliau menyatakan bahawa terdapat sebanyak 20,000 kali perkataan Allah disebut di dalam Quran, setiap orang Islam yang bersolat menyebut sebanyak 425 kali sehari semalam dalam solat yang mereka laksanakan satu hari.

Jika benar umat Islam semakin peka akan kebenaran agama yang satu dan benar di atas muka bumi ini, maka ini merupakan satu perkembangan yang amat baik, ramai yang amat sensitif dengan pencabulan atau penyelewengan agam samawi yang lain terutamanya agama kristian yang membawa konsep tiga dalam satu atau Trinity.

Syukur jika situasi yang terjadi sekarang menggambarkan kesedaran bahawa Tuhan yang patutu disembah hanya Tuhan yang Esa sebagaimana yang diajarkan oleh Rasul Akhir Zaman kita, Muhammad (S.A.W).

Hanya satu sahaja lagi yang perlu berlaku untuk membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia benar-benar telah faham dan bersungguh mahu melaksanakan dakwah di atas muka bumi ini.

Saya mencabar majlis Fatwa termasuklah Datuk Haron Din, mengeluarkan fatwa bahawa perkataan "TUHAN", juga adalah hak ekslusif umat Islam, begitu juga perkataan "God". Haramkan penggunaan perkataan tersebut dalam apa-apa agama sekalipun selain Islam.

Para ulama tentu lebih maklum dengan apa yang saya cuba sampaikan ini, terlebih lagi Datuk Harun Din, tentu beliau setuju dengan saya bahawa Tuhan itu esa, bukannya ada tiga, tiga dalam satu. Bukan sahaja Allah yang esa, Tuhan atau God juga esa, kerana ia mahu menyam[aikan makna yang sama.


Jika semua bersetuju, maka terpaksalah pihak Kristian memberikan perkataan yang lain dalam majalah mingguannya bagi menceritakan konsep trinitynya itu. Mungkin mereka boleh pakai perkataan TIDASA (Tiga Dalam Satu), kerana itu bukanlah Tuhan atau Allah. Hanya apabila mereka mengakui bahawa yang mereka sembah itu adalah Tuhan yang satu, yang tiada sesuatupun yang menyerupaiNya, maka baru lah boleh di gunakan perkataan Tuhan. (Gambar Trinity di kanan adalah makhluk)

Seperti pengganut agama Hindu, mereka tak boleh sebutpun perkataan Tuhan, kerana yang mereka sembah adalah Berhala, atau Tokong, jadi orang Hindu, jangan pandai-pandai nak kelirukan orang Islam di Malaysia, dengan sebut benda-benda berhala tu dengan perkataan Tuhan.


Nanti akan ada pula para kesatria yang membakar gereja, akan mencabut segala berhala-berhala di tokong atau kuil Hindu, atas alasan ia boleh mengelirukan anak muda Melayu kita. (Gambar di sebelah adalah Berhala Hindu, juga makhluk)
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tiada Tuhan Melainkan Tuhan

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Sepatutnya tiada tuhan-tuhan melainkan tuhan.

    ReplyDelete
  2. 1. Tuhan yg disembah, yg diminta kpdNya, yg makhluk bertawakkal kpdNya, dlm bahasa Arab disebut Ilahun.

    2. Tuhan yg kita yakini Pencipta, Penguasa, Pentadbir, Pemilik mutlak sekelian alam dan segala isi isinya, dlm bahasa Arab disebut Rabbun.

    3. Allah (swt) adalah Nama khas bg Tuhan (Ilah dan juga Rabb) Yg sebenar yg diimani oleh umat Islam, yg Dia Sendiri Namakan utk DiriNya dlm Al Quran.

    WaAllahu'alam !

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !