Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 8, 2010

Isu Nama Allah - Debat Perdana

  Mohd Shubhi       Friday, January 8, 2010

Setakat ini telah dua gereja dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Apa motif mereka membakar gereja tersebut kita tak dapat pastikannya. Kemungkinan besar ia ada kena mengena dengan isu penggunaan nama Allah..

Tidak perlu marah atau kesal dengan apa yang terjadi, dalam dunia ini selagi belum kiamat kita akan sentiasa mendapati berbagai golongan yang sempit fikiran, yang luas fikiran, yang bijak, yang bodoh, yang emosional, yang tak berperasaan, yang tak kisah, yang terlalu kisah, yang ambil kesempatan, yang tak pernah sempat ambil apa-apa, yang tak pernah buat apa-apa, yang buat macam-macam....banyak lagi senarainya.


Apa yang kita pasti ialah dunia sentiasa dipenuhi dengan semua golongan samada yang positif atau yang negatif. Sebab itu kita ada undang-undang, kita ada polis, kita ada mahkamah dan lain-lain untuk menghadapi segala kemungkinan yang dicetuskan oleh mereka yang beraliran negatif dan kita ada pemerintah yang menyeimbangkan yang lemah dengan yang kuat yang kaya dengan yang miskin dengan mengembalikan hak masing-masing.

Orang ramai yang bersemangat telah berbuat sesuatu dengan mengadakan demontrasi aman, yang berdarah pahlawan atau yang mengambil kesempatan telah membuat sesuatu dengan membakar gereja yang tak ada apa-apa perasaan atau tak perdulipun dah buat kerja mereka dengan tak perduli lansung.

Para ulama pula setakat ini memberikan berbagai pandangan bagi menerangkan kepada rakyat yang beragama Islam isu yang sebenarnya. Cuma saya rasa setakat ini ulama masih belum mengambil kesempatan yang besar ini dengan menganjurkan satu forum dakwah terhadap para cendikiawan kristian di negara kita denngan berdebat makna atau definasi "apa itu Tuhan".

Kita perlu ulama atau persatuan atau majlis Fatwa mengajurkan satu debat perdana yang penuh keilmuan bagi membahaskan definasi Allah, atau definasi Tuhan itu dengan pengganut agama Katholik. Saya yakin dah penuh percaya bahawa jika dibahskan dengan penuh saksama, bukan sahaja nama Allah tidak layak dipakai oleh agama lain malah perkataan Tuhan atau God itu sendiri tidak boleh diguna pakai oleh agama selain dari agama Islam.

Jika kita dapat berbuat demikian maka ia merupakan satu aktiviti dakwah yang amat besar dan amat tinggi nilainya, mungkin akan ada ramai yang dapat hidayah dengan debat ilmu tersebut apabila mendengar hakikat Tuhan itu siapa dan mungkin ada ramai yang akan meninggalkan agama Kristian kerana definasi Tuhan dalam agama Islam adalah logik dan rasional dan memang itulah satu-satunya agama yang benar.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Isu Nama Allah - Debat Perdana

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !