Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 16, 2010

Kenapa Menghukum Sebelum Menyelidik - Mufti Perak

  Mohd Shubhi       Friday, April 16, 2010
Tindakan Datuk Seri Mufti Perak menghukum Ahli Parlimen Shah Alam sebagai tidak beriman sebelum menyelidik atau berbahas atau bertanya kepada tuan punya badan adalah sesuatu yang terburu-buru sebagai seorang Mufti.

Mungkin Mufti boleh mengeluarkan kenyataan yang umum tanpa menyebutkan nama sesiapa melaui kaedah apa seseorang itu boleh terkeluar daripada Islam. Lagipun segala laporan hanya diambil daripada media yang belum tentu melaporkan ayat atau kata sebenar orang yang berkata.

Kita menghormati kedudukan ilmu Mufti Perak dan statusnya sebagai mufti, tetapi kita bukan seorang muslim yang dunggu yang tidak dapat menilai perkara-perkara asas, terutamanya dalam hal yang menyentuh keimanan atau akidah.

Tindakan Khaled Samad mahu membawa kenyataan Mufti Perak ke muka pengadilan amat perlu agar dia dapat membersihkan dirinya daripada dihukum tanpa diberi peluang membela diri.

Ikuti laporan Utusan di bawah;



Khalid mahu saman Mufti Perak



KUALA LUMPUR 15 April - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria kerana mendakwanya tidak beriman seperti yang disiarkan akhbar tabloid Selangor Kita bulan lalu.
Beliau berkata, berikutan laporan dan kenyataan Harussani yang tidak berasas itu, ia telah memberi kesan dari segi persepsi masyarakat ke atas dirinya dan keluarga.
"Saya memberi tempoh seminggu kepada Harussani untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar tabloid Selangor Kita edisi Mac 2010.
"Jika tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa saya tidak beriman itu, saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurut Khalid, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang mufti kerana ia dibuat tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu.
"Harussani tidak mendapatkan penjelasan dari saya berhubung kenyataan saya sebelum ini mengenai isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor.
"Beliau seolah-olah membuat fatwa berdasarkan laporan akhbar dan khabar angin. Apa yang saya katakan ialah kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor adalah satu peraturan, ia bukan ditetapkan al-Quran, sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," katanya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa Menghukum Sebelum Menyelidik - Mufti Perak

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Mungkin yg dimalksudkan, sbgmn yg ditafsir ulama' ulama' ASWJ kita dr hadis hadis, yg Nabi (saw) sebut "tidak beriman" bermakna tidak beriman dgn iman yg sempurna, atau yg cacat imannya, kerana kbnykn umat yg mengaku Islam hari ini mmg zahirnya sebegitu, bukan dgn makna kafir.
    WaAllahu'alam.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !