Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 21, 2010

Elakkan Penyakit Kencing manis

  Mat Bihi       Saturday, August 21, 2010
Ramai kawan-kawan yang apabila mencecah umur lingkungan 40-an, mendapati diri mereka menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis ini apabila terkena sudah tiada ubat lagi yang boleh menyembuhkannya melainkan kita perlu menukar gaya hidup kita 100% untuk menyesuaikan diri dengan kelemahan tubuh badan yang telah kita alami agar sentiasa sihat.

Minggu lepas saya menerima sms dari kawan kampung memberitahu salah seorang kawan di kampung yang baru meninggal dunia akibat kencing manis yang telah lama dihidapinya. Kawan saya itu lebih muda daripada saya. Takdir menentukan yang umurnya tak panjang, walaubagaimanapun ketika hidup, dia puas merana akibat penyakit kencing manisnya, itulah yang perlu kita elakkan.

Mungkin untuk mereka yang sebaya atau lebih tua daripada saya agak sukar untuk memastikan samada kita bakal menghidapi kencing manis atau tidak dan usaha dari segi gaya hidup dan pemakanan mungkin tidak banyak menyumbang lagi ke arah pencegahan.

Tetapi bagi mereka yang masih muda perlu mengambil perhatian bahawa mencegah adalah lebih baik dari merawat, apalagi jika penyakit tersebut tidak boleh dirawat.

Satu laporan menyatakan bahawa dengan menjadikan sayuran hijau seperti bayam, salad dan lain-lain yang seumpamanya sebagai makanan rutin kita yang diambil dalam lingkungan 5 kali sehari, dapat mengurangkan kemungkinan terkena penyakit kencing manis. Ikuti laporan tersebut dengan klik di sini.

Bagi yang dah berkeluarga, buat apa sahaja agar anak-anak kita suka dan menjadikan sayuran hijau sebagai rutin makanan mereka. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Elakkan Penyakit Kencing manis

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ http://jusdelima83.blogspot.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA-baik untuk pengidap kencing manis

    ReplyDelete
  2. mencegah lebih baik dari merawat

    ReplyDelete