Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 25, 2010

Carrefour "For Sale" - Pasaraya Carrefour Akan Keluar Dari Malaysia

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 25, 2010
Pasaraya Carrefour yang berpusat di France dengar khabarnya akan keluar dari Malaysia untuk menumpukan pelaburannya di India yang dilihat sebagai pasaran yang lebih menarik bagi mereka. Pasaran pasaraya di Malaysia sudah menjadi terlalu sengit persaingannya walaupun masih menguntungkan.

Nampaknya ini merupakan satu peluang untuk para jutawan di Malaysia membeli rangkaian pasaraya sebanyak 23 buah di seluruh negara kita ini. Mungkin Mydeen boleh memikirkan bagaimana mahu mengambil alih pasaraya Carrefour ini.

India mempunyai warga kelas pertengahan yang semakin meningkat sekarang ini, yang membuatkan ianya menarik ramai pelabur rangkaian perniagaan pasaraya.


Dengan keluarnya Carrefour dari Malaysia menunjukkan bahawa golongan pertengahan di Malaysia telah mencapai tahap tepunya yang membuatkan ia tidak menarik untuk industri peruncitan. Adakah ini petanda bahawa negara kita sudah maju dan tahap ini sudah sampai klimaksnya dan tidak dapat pergi jauh lagi? Wallahualam.

Baca laporan lanjut dengan klik di sini
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Carrefour "For Sale" - Pasaraya Carrefour Akan Keluar Dari Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !