Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 1, 2010

Panorama Keindahan Masjid As-Salam Puchong Perdana

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 1, 2010
Balik solat subuh pagi tadi saya memandu perlahan-lahan sambil melihat permandangan Masjid As-Salam di waktu pagi dari seberang tasik di sebelah taman. Nampak sungguh damai sekali keindahannya apabila cahaya mula muncul sedikit demi sedikit di langit. Kesempatan itu saya ambil untuk rakaman sebagai sebagai tatapan untuk semua.

Bukan ramai yang sempat datang menghadiri solat subuh di masjid, kalau datangpun kebiasaannya kita tergesa-gesa pulang tanpa sempat menoleh sebentar melihat rupa masjid kita sendiri, membuatkan kita tidak sedar rupa-rupanya ia amat indah.


Tidak banyak masjid di Malaysia yang binaannya terletak di atas air, Masjid As-Salam adalah salah satu daripada sebilangan masjid yang sedikit itu. Cuma jika pemandangan diambil pada waktu siang, ada sedikit kecacatan dibawah masjid yang banyak sampah terkumpul hasil dari mereka yang tidak ada kesedaran iman.

Mungkin keindahan tasik akan lebih terjaga jika Masjid As-Salam mengusahakan perkhidmatan riadah berdayung sampan sambil bersantai di sekeliling tasik tersebut dengan pelantar atau jetinya bermula dari masjid itu. Kutipan hasil dari perkhidmatan itu dapat menampung sedikit sebanyak aktiviti pembersihan kekotoran di bawah masjid.

Moga perjalanan aktiviti dakwah dan mengimarahkan masjid akan sentiasa indah seindah pemandangannya di subuh hari, Insyallah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panorama Keindahan Masjid As-Salam Puchong Perdana

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !