Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 5, 2010

Tiba Di Kota Kinabalu, Sabah

  Mohd Shubhi       Thursday, August 5, 2010
Bergambar beramai-rami sebaik sahaja tiba
di Kota Kinabalu

Kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 11.45 malam dan di sambut oleh rakan-rakan dari Keningau yang datang membawa 3 buah kenderaan.

Setelah bersalam-salaman kami di bawa ke Tanjung Aru sebelum meneruskan perjalanan ke Keningau, untuk makan malam, walaupun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, perut terasa amat lapar kerana masih belum diisi.


Berkenalan dengan Ustaz Satimin (berkaca mata)
sementara menunggu hidangan tiba.




Berbual-bual dengan rakan dari Keningau
Sambil menunggu hidangan tiba saya berkenalan dengan Ustaz Satimin yang berketurunan Dusun walaupun namanya kedenganran seperti nama jawa. Saya bertanyakan kenapa namanya seperti nama orang jawa sedangkan dia berketurunan Dusun.



Pulun makan sebaik sahaja dihidangkan.
Dia hanya tersenyum dan memberitahu bahawa keluarganya serta orang kampungnya masuk islam dan mempelajari ilmu islam dari seorang alim keturunan Jawa yang datang ke Keningau pada tahun 1973 dahulu. 

Sampai di Keningau setelah tidak berhenti mendaki dan
menuruni Banjaran Crocker selama hampir 3 jam
Dia memulakan cerita bahawa ayahnya masuk islam pada tahun 1953 kerana mendengar marhaban dari kampung sebelah yang ayahnya kunjungi. Kampung sebelah ayahnya telah lama masuk islam sebelum penduduk kawasan kampung yang di diami ayahnya masuk islam.



Semua yang datang diberikan kemudahan penginapan
berupa sebuah rumah teres satu tingkat yang lengkap
 kepunyaan YDP Pas Keningau.
 Satu penghormatan kepada YDP Pas keningau
 yang berkorban demi dakwah.
Setelah masuk islam tiada apa perubahan yang berlaku selain daripada meninggalkan makan babi dan minum arak. Segala ibadat lain seperti solat dan puasa tidak pernah dilakukan kerana tiada sesiapa yang datang mengajar atau memberikan penerangan.



Solat subuh di Masjid Keningau pada pukul 4.46 pagi.
Ini bermakna mereka di islamkan tanpa ada tindakan susulan dari segi ilmu dan amalan. Sesuatu yang amat menyedihkan dan memalukan umat islam kita di Malaysia yang telah lama menjadi muslim.

Suasana pagi di Taman Luagan
Sehinggalah pada tahun 1973, datang seorang jawa dari Indonesia ke tempat mereka dan mendapati penduduk di sana terlalu jahil dan dahagakan ilmu, maka orang jawa tersebutpun mula memberikan sedikit sebanyak ilmu tentang islam dan beliau menetap di situ meneruskan segala pengajarannya sehinggalah beliau meninggal dunia. Sungguh besar jasa orang jawa itu dan sudah tentu banyak pahalanya.

Rumah orang kampung di sebelah Taman Luagan.
Ustaz Satimin memberitahu jumlah penduduk islam di Keningau adalah dalam linkungan 36%, selainnya adalah beragama Kristian atau Pagan. Penduduk Islam di Keningau sekarang ini merupaka generasi ketiga yang telah menjadi Islam dan sekarang ini telah ada beberapa Ustaz lulusan dari Universiti Al-Azhar di Keningau.

Berbual di waktu pagi ketika bersarapan yang di sediakan
 oleh rakan-rakan dari Keningau.
Setelah makan kami bertolak dari KK ke Keningau melalui Putatan, Kinarut Papar dan Kimanis. Perjalanan mengambil masa lebih dari 2 jam dengan mendaki dan menuruni Banjaran Crocker. Jalan yang dibina amat curam serta merbahaya bagi mereka yang tidak biasa melauinya.

Pembantu Khas Dr Mujahid bergambar kenangan dengan
YDP Pas Keningau.
Cuma kami merasa sedikit rugi kerana tidak dapat melihat pemandangan indah di atas kemuncak banjaran di waktu malam tersebut. Perjalanan akhirnya sampai di Keningau pada pukul 4 pagi dan kami terus di bawa ke Taman Luagan, ke sebuah rumah teres kepunyaan YDP Pas Keningau yang bermurah hati meminjamkan kepada kami 8 orang untuk selama 5 hari.

Oleh kerana subuh di Sabah masuk awal maka kami tidak mahu tidur sebelum mengerjakan solah subuh dahulu. Saya keluar rumah apabila mendengar bunyi pintu pagar di buka oleh jiran dan mendapati dia sedang bersiap mahu ke Masjid. Atas pelawaannya saya mengikutinya bersolat jemaah di masjid Keningau.











logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tiba Di Kota Kinabalu, Sabah

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. jumlah penduduk islam di Keningau sekarang, 2018 berapa peratus ya?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !