Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, September 20, 2010

Kamera Leica X1 Bakal Dicabar Fuji X100

  Mohd Shubhi       Monday, September 20, 2010
Fuji X100
Di kalangan peminat kamera jenama Leica merupakan satu jenama yang mahal dan tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Kamera Leica adalah lebih kecil berbanding kamera SLR biasa yang hampir kesemuanya bersaiz besar.

Hasil gambar yang perolehi melalui kamera Leica amat bermutu tinggi walaupun ada sedikit kelemahan terutamanya bagi mereka yang suka mengambil gambar "Macro". Tetapi bagi peminat gambar jalanan Leica tiada tolok bandingnya. Bukan saya yang kata, tapi hasil dari apa yang saya baca.


Leica X1
Dalam satu artikel di sebuah majalah photography, saya mendapat tahu pasaran Kamera Leica kini amat besar di negara China dan Leica mengambil peluang atas potensi pasaran mereka yang berpendapatan tinggi di China untuk melonjakkan jualan Leica di sana.

Di China, mereka yang memiliki kamera berjenama Leica menjadi satu kebanggaan serta melambangkan status mereka yang kaya, maka tidak hairanlah para hartawan terutamanya anak-anak hartawan di sana akan sentiasa mengepil kamera Leica bersama mereka ketika bersiar-siar.

Berita terkini yang hangat dalam pasaran Kamera di kalangan peminatnya ialah pengumuman Fuji tentang pengeluaran Kamera terbarunya di pasaran yang dinamakan Fuji X100, ia merupakan bakal pesaing kepada Leica X1.

Semua orang ternanti-nantikan kemunculannya dan masing-masing berdebar menunggu pengumuman harganya, adakah ia semahal Leica, kalau cantik harganya sudah tentu ramai yang akan beralih kepada Fuji X100.

Klik di sini untuk melihat maklumat Fuji X100 dari web mereka.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kamera Leica X1 Bakal Dicabar Fuji X100

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. good posts - many of them - walaupun tak kesempatan nak baca semua. teruskan ber"warta" :)

    - Kamaldin - @nalurikembara

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !