Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa Perlu Ada Kamera ?

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 21, 2010
Ada peluang buat duit dengan photo
Dalam kes saya yang saya ceritakan sebelum ini, sudah tentu memiliki sebuah kamera digital merupakan satu keperluan jika saya mahu menghasilkan gambar sendiri tanpa menciplak gambar orang lain.

Tetapi persolannya adakah patut saya mengeluarkan duit semata-mata untuk mengambil gambar bagi digunakan dalam blog yang saya tulis secara sampingan. Kalau dalam artikel saya tak ada gambar pun apa salahnya. Soalan ini muncul di dalam benak fikiran saya dan membuatkan saya terhenti sebentar dari terus terburu-buru membeli sebuah kamera.

Suatu hari saya pergi ke MPH, kedai buku di Subang Parade dan melihat kalau ada apa-apa maklumat tentang dunia kamera ini, dan nasib saya baik apabila terjumpa sebuah buku kecil menulis berkenaan "buat duit dengan foto". tulisan Muhamad bin Ali


Saya terus membelinya dan mula membaca untuk mencari alasan bagi saya mendapatkan sebuah kamera digital. Rupa-rupanya kita boleh jual gambar!. Ada banyak agen yang sanggup membeli gambar-gambar yang anda hasilkan dalam dunia internet. Anda hanya perlu merakamkan gambar, masukkan atau load ke dalam komputer dan paparkan kepada laman agent-agent yang anda daftar, apabila ada orang beli gambar anda maka anda akan dapat royalty dari hasil jualan tersebut.

Terdapat banyak agen yang bersedia menjadi agen kepada anda bagi memasarkan gambar-gambar yang anda rakamkan dan masing-masing mempunyai kriteria tersendiri yang anda perlu penuhi. Asalkan anda mempunyai sebuah kamera digital dan sentiasa peka dan berusaha menghasilkan gambar yang menarik, maka anda berpotensi membuat duit dengan kamera tersebut.

Saya senaraikan beberapa agen stok photo:

Selain dari menjual photo anda di internet ada banyak lagi cara menggunakan kamera untuk buat duit, ia termasuklah menjadi jurugambar sambilan seperti di kenduri kahwin dan seumpamanya.

Baru dapat kamera, mana sahaja saya singgah saya akan cuba kamera
untuk belajar dan mengenali kamera
Nampaknya saya tidak dapat menolak lagi keinginan mempunyai sebuah kamera digital, dalam buku tersebut jenis kamera sebenarnya tidak penting samada kamera compact atau SLR jika orang yang menggunakannya itu bagus maka baguslah hasil gambarnya, jika yang menggunakannya itu lembab, maka lembablah jadinya gambar itu. Ini sekurang-kurangnya memberi pedoman tentang kamera jenis apa yang saya nak perlu beli.

Adakah anda mempunyai kamera? adakah mengambil gambar merupakan minat anda? jika ya anda mampu menambah pendapatan dengan minat tersebut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa Perlu Ada Kamera ?

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. saya memang suka pada pemandangan, dan kenangan patut di simpan. jadi saya memang perlu kan kemera

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !