Ada peluang buat duit dengan photo |
Tetapi persolannya adakah patut saya mengeluarkan duit semata-mata untuk mengambil gambar bagi digunakan dalam blog yang saya tulis secara sampingan. Kalau dalam artikel saya tak ada gambar pun apa salahnya. Soalan ini muncul di dalam benak fikiran saya dan membuatkan saya terhenti sebentar dari terus terburu-buru membeli sebuah kamera.
Suatu hari saya pergi ke MPH, kedai buku di Subang Parade dan melihat kalau ada apa-apa maklumat tentang dunia kamera ini, dan nasib saya baik apabila terjumpa sebuah buku kecil menulis berkenaan "buat duit dengan foto". tulisan Muhamad bin Ali
Saya terus membelinya dan mula membaca untuk mencari alasan bagi saya mendapatkan sebuah kamera digital. Rupa-rupanya kita boleh jual gambar!. Ada banyak agen yang sanggup membeli gambar-gambar yang anda hasilkan dalam dunia internet. Anda hanya perlu merakamkan gambar, masukkan atau load ke dalam komputer dan paparkan kepada laman agent-agent yang anda daftar, apabila ada orang beli gambar anda maka anda akan dapat royalty dari hasil jualan tersebut.

Terdapat banyak agen yang bersedia menjadi agen kepada anda bagi memasarkan gambar-gambar yang anda rakamkan dan masing-masing mempunyai kriteria tersendiri yang anda perlu penuhi. Asalkan anda mempunyai sebuah kamera digital dan sentiasa peka dan berusaha menghasilkan gambar yang menarik, maka anda berpotensi membuat duit dengan kamera tersebut.
Saya senaraikan beberapa agen stok photo:
Saya senaraikan beberapa agen stok photo:
- www.bigstockphoto.com
- www.dreamstime.com
- www.fotolia.com
- www.istockphoto.com
- www.shutterstock.com
- www.canstockphoto.com
- www.snapvillage.com
- www.usphotostock.com
- www.microstockphoto.com
- www.scoopt.com
- www.photostockplus.com
- www.cameradollars.com
Selain dari menjual photo anda di internet ada banyak lagi cara menggunakan kamera untuk buat duit, ia termasuklah menjadi jurugambar sambilan seperti di kenduri kahwin dan seumpamanya.
Baru dapat kamera, mana sahaja saya singgah saya akan cuba kamera untuk belajar dan mengenali kamera |
Adakah anda mempunyai kamera? adakah mengambil gambar merupakan minat anda? jika ya anda mampu menambah pendapatan dengan minat tersebut.
saya memang suka pada pemandangan, dan kenangan patut di simpan. jadi saya memang perlu kan kemera
ReplyDeleteAnon, terima kasih, komen
ReplyDelete