Jas duit

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 7, 2010

Potensi Pasaran Alat Solek Halal Di Seluruh Dunia Amat Besar

  Mat Bihi       Thursday, October 7, 2010
Sebelum umat Islam sedar betapa nilai-nilai Islam yang mementingkan keselamatan, memelihara diri sendiri, orang lain, binatang dan alam sekitar mempunyai nilai komersial yang tinggi, orang bukan Islam telah terlebih dulu mengguna atau mengetengahkan nilai-nilai tersebut dalam memasarkan barangan keluaran mereka.

Kita boleh lihat terdapatnya gerakan anti penggunaan binatang sebagai bahan ujian pembuatan bahan-bahan ubatan serta solekan. Mereka merupakan satu kuasa desakan yang secara tak lansung mempromosikan bahan-bahan berunsurkan herba dan mineral.


Hasil daripada wujudnya pilihan barangan ubatan dan solekan yang bebas daripada unsur binatang serta alkohol, umat Islam mula menjadi pengguna yang setia terhadap barangan tersebut yang mana sebelum ini kita main belasah saja walaupun ada sedikit rasa bersalah, tapi nak buat macammana, tak ada pilihan, darurat dan seumpamanya merupakan alasan yang sering kita dengar.

Maha besar Allah, dalam kemunduran umat Islam yang nampak lesu di serata dunia, segala kejadian akhirnya tetap menuju kepada kemudahan umat Islam jua, kelebihan tetap berpihak kepada umat Islam juga sepertimana yang terjadi dengan permintaan barangan solekan sekarang ini. Segala yang berlaku tetap menjurus kemudahan umat Islam mengamalkan syariat.

Para pengeluar bahan solekan sekarang berebut untuk mendapatkan pensijilan halal agar barangan mereka dapat diterima oleh lebih 1.6 billion umat islam di seluruh dunia. Itulah agaknya yang cuba dilakukan oleh kerajaan dalam memperomosikan halal hub di negara kita.

Namun maslah paling utama bagi para pengeluar barangan di seluruh dunia ialah terdapat beratus-ratus agensi pensijilan halal yang berlainan di antara satu dengan yang lain. Pinsijilan atau pengiktirafan halal tidak mempunyai satu badan tetap yang khas di peringkat internasional.

Bagaimana hendak kita selesaikan masalah ini?, dari segi pentafsiran halal serta haram kita umat Islam telah berpecah dengan berbagai pendapat, ia nampak seperti satu kerja yang tak berkesudahan untuk menyatukan umat Islam dari segi pengamalan dan kehidupan.

Sila baca laporan menarik yang dipaparkan di sini mengenai pasaran halal umat Islam. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Potensi Pasaran Alat Solek Halal Di Seluruh Dunia Amat Besar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment