Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 23, 2010

Bunga 'vs' Anak-Anak

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 23, 2010



Rakam dulu sebelum dipetik.
"Jangan petik bunga Mak Tok!", begitulah pesan emak saya pada anak-anak awal-awal pagi ketika saya balik raya baru-baru ini. Bunga orkid yang emak tanam berkembang galak baru-baru ini seolah-olah tahu yang anak-anak saya akan balik kampung.

Kebiasaannya apabila anak-anak saya balik kampung akan ada saja bunga serta pokok yang emak tanam akan dipetik mereka sebagai mainan. Budak-budak apa tahu, semua yang ada di sekeliling mereka merupakan bahan mainan.

Dalam hati saya tahu kalau alpa sedikit pasti akan ada bunga orkid yang cantik itu akan menjadi mangsa, cuma tak pasti sampai lama mana ia mampu bertahan segar di dalam pasu tersebut.




Daun pokok bunga orkid segar
disiram hujan pagi
Tak sampai satu hari, ternyata setangkai bunga orkid segar telah tercabut. Kelihatan kesan patah di hujung tangkainya. Tiada sesiapa yang mengaku di kalangan 4 orang anak-anak saya itu. dari gerak geri saya tahu siapa yang mencabutnya.




Menanti kembang...



Tewas juga akhirnya...
Setelah berleter sedikit dan beberapa ayat syarahan betapa pentingnya kita menghargai keindahan alam maya, saya dengan nada kesal memberikan bunga yang telah terkulai itu pada emak.

"Alah!, anak-anak apa tahu, biasalah tu, nak buat macam mana", kata emak menahan sabar.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bunga 'vs' Anak-Anak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !