Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 28, 2010

Nikon D7000 DSLR Terbaru Dari Nikon

  Mohd Shubhi       Thursday, October 28, 2010
Satu-satunya benda yang paling saya nak beli sekarang ini adalah sebuah kamera digital SLR. Saya pendamkan sudah berbulan-bulan sejak kali pertama jatuh cinta dengan dunia kamera ini.

Orang pesan kalau kita tak sabar-sabar nak beli sesuatu, elok kita tangguhkan dulu jangan beli lagi dan tengok bulan depan. Kalau hasrat tersebut masih menyala dan masih juga mahu beli, bermakna memang kita patut memiliki barangan tersebut kerana kita memang betul-betul berminat.

Petua tersebut kita sering dengar dalam kuliah berhemah berbelanja bagi mengawal kita membeli entah apa-apa ketika sedang 'window shopping'. Dengan melatih rasa sabar dan tangguhkan segala keinginan untuk membeli sesuatu secara terburu-buru, kita dapat menyelamatkan banyak wang kita daripada membeli sesuatu yang tidak perlu.

Jadi saya nampaknya telah berjaya mempraktiskan petua tersebut dan sampai sekarang masih belum beli lagi Nikon D90 idaman saya. Tapi kini akibat terlalu lama tangguh timbul satu masalah baru apabila tiba-tiba Nikon mengumumkan keluaran model terbaru kamera pertengahan mereka yang dinamakan D7000.

Banyak pembaharuan telah dilakukan terhadap model D7000 ini yang mengatasi kelebihan D90 terutamanya dari segi keupayaan mengambil HD Movie yang lebih berkualiti.

Terdapat beberapa perubahan lagi yang mengatasi model yang sebelum ini yang mana sebelum ini kita terpaksa membayar harga lebih 2 kali ganda untuk mendapatkan kelebihan yang sama.

Rumusannya saya terpaksa batalkan hasrat untuk membeli D90 kerana kini saya lebih teruja untuk membeli D7000. Tapi sebelum itu saya perlu amalkan petua yang saya sebutkan tadi di atas iaitu menangguhkan dulu pembelian untuk sebulan lagi dan lihat samada saya masih berminat mahu memilikinya.

Tadi saya sempat melawat kedai kamera di Subang dan bertanyakan tentang Nikon D7000 samada sudah sampai atau belum dan berapa harganya. Saya diberitahu yang semua kedai masih belum ada stok dan mereka masih belum mendapat maklumat harga yang bakal ditawarkan di Malaysia.

Kemungkinan besar stok akan datang pada bulan hadapan. Nampaknya Nikon membantu saya berlatih menagguhkan pembelian apa yang saya ingini. Kita tunggu bulan depan.

Klik di sini untuk maklumat tentang Nikon D7000. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nikon D7000 DSLR Terbaru Dari Nikon

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !