Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 24, 2011

Canon 60D Dianugerah "Product of The Year" Oleh Amateur Photographer

  Mohd Shubhi       Monday, January 24, 2011
Kamera pilihan Amateur Photographer
Bersaing hebat dengan Nikon D7000 dan juga Sony Alpha 850, panel akhirnya memilih Canon EOS 60D sebagai kemera terhebat tahun ini. Selain itu Canon 60D juga menggondol anugerah kamera kategori "enthusiast" terbaik meninggalkan semua pesaingnya.

Kriteria dipilih berdasarkan setakat mana sesebuah peralatan tersebut dapat memberikan kepuasan kepada penggunanya dan juga sejauh mana ia berfaedah kepada pengguna. Canon 60D mempunyai gabungan ciri-ciri  tahap tinggi terkini, mudah digunakan dan juga mampu menghasilkan kualiti imej yang terbaik.


Terdapat berbagai anugerah dalam beberapa ketegori peralatan termasuklah, kamera kompak terbaik, printer terbaik, beg kamera terbaik, dan sebagainya telah dijalankan.

Lensa igauan penggemar photography
Bagi anugerah lensa zoom terbaik tahun ini, produk Canon sekali lagi menggondolnya melalui lensa super zoom Canon EF 70-200mm f/2.8 IS II USM manakala bagi lensa jarak focal tetap AF-S Nikkor 85mm f/1.4G mengunggulinya.

Lihat senarai anugerah di sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Canon 60D Dianugerah "Product of The Year" Oleh Amateur Photographer

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !