Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 16, 2011

Projek Lepas Nyamuk Yang Diubah Genetik Akan Diteruskan - 10 Perkara Yg Anda Perlu tahu

  Mohd Shubhi       Sunday, January 16, 2011
Sebelum ini berita mengatakan projek pelepasan "GM Mosquitoes" di kawasan Bentong dan Alor Gajah telah di hentikan hasil daripada protes orang ramai. Sebenarnya keputusan untuk meneruskan kajian tersebut tidak pernah dibatalkan.

Ia di tangguhkan kerana cuaca hujan lebat yang menghalang perlaksanaan ujikaji tersebut, bukan kerana protes. Ia akan dilepaskan pada bila-bila masa yang sesuai selepas musim hujan. Baca laporannya di sini.

Laporan daripada CAP menyenaraikan 10 perkara yang perlu kita tahu mengenai GM Mosquitoes ini;


  1. GM mosquitoes mampu menghasilkan kesan lain yang tidak disangka-sangka yang berisiko. Tiada sesiapa mampu mangjangkakannya.
  2. Terlalu sedikit pengetahuan dan pengalaman mengenai GM Mosquitoes ini dan para saintis meragui keselamatannya terhadap alam sekitar dan juga kesihatan.
  3. Ujikaji ini berkemungkinan akan diulangi yang akan membawa kepada pelepasan lebih banyak nyamuk GM. Sekalu pelepasan akan melibatkan sebanyak 16,000 ke 24,000 ekor akan dilepaskan, bayangkan jika ia diulang banyak kali.
  4. Tiada jaminan bahawa hanya nyamuk GM jantan sahaja yang akan dilepaskan. nyamuk GM betina juga akan terlepas keluar dan kesannya tiada siapa yang tahu apabila ia mengawan dengan nyamuk biasa.
  5. Sebahagian daripada larvae (jentik-jentik) yang sepatutnya mati berkemungkinan akan terus hidup. Bagaimana nyamuk yang bakal dihasilkan tiada sesiapa yang tahu.
  6. Jika kerajaan mengambil langkah menggunakan nyamuk GM sebagai method kawalan denggi, berjuta-juta nyamuk GM bakal dilepaskan secara berterusan.
  7. Jika nyamuk GM Aedes Aegypti (yang akan dilepaskan), dihapuskan speciesnya, maka akan ada panambahan nyamuk jenis lain seperti Aedes Albopictus yang juga mampu menyebabkan denggi dan juga demam chikungunya. Ini adalah undang-undang alam (sunnatullah) apabila satu spesis berkurang, spesisi lain akan mengambil tempat kekurangan tersebut.
  8. Teknologi serta nyamuk adalah kepunyaan syarikat luar negara iaitu Oxited Ltd dari UK. Ia sebenarnya akan cuba mengaut keuntungan dari penerimaan projek tersebut yang dipatenkan. Syarikat itu kini sedang mengalami kerugian dan sudah tentu akan berusaha sedaya upaya memulihkan pelaburan mereka dengan apa saja cara.
  9. Ini merupakan percubaan kedua di seluruh dunia, kenapa negara kita sanggup menjadi pak sanggup? Percubaan pertama dibuat di Cayman Island yang mana suasana alam sekitar dan cuaca jauh berbeza daripada negara kita.
  10. Masyarakat setempat mempunyai hak untuk membantah projek tersebut kerana telah termaktub dalam syarat perjanjian bahawa ia akan hanya diteruskan apabila tiada sebarang bantahan daripada penduduk setempat.
Semua maklumat di ambil daripada web Persatuan Pengguna P Pinang.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Projek Lepas Nyamuk Yang Diubah Genetik Akan Diteruskan - 10 Perkara Yg Anda Perlu tahu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !