Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 12, 2011

3 Kamera Paling Laris - Mac 2011 (Interchangeable Lens)

  Mohd Shubhi       Saturday, March 12, 2011
Berikut adalah senarai 3 kamera paling laris bagi bula Mac 2011 yang di senaraikan oleh web kamera digital pro  Jepun:

1. Nikon D7000

Kamera berkualiti tinggi bagi penggemar pertengahan peralatan kamera ini masih berada di tingkat atas sekali dalam senarai jualan terlaris. Keupayaannya memang hebat !, memang tak rugi saya kopak habis duit untuk dapatkannya hujung tahun lepas.


2. Sony Alpha NEX-5

Kamera yang amat popular dari jenis mirrorless interchangeable lens. Punyai tahap keupayaan yang tinggi dan berkualiti. Keistimewaannya adalah dari segi penampilannya yang kecil, ringkas dan bergaya. Berjuta orang memiliki dan menggunakannya.

3. Canon EOS 550D

Kamera bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia DSLR. Dengan saiz sensor 18 megapixels, mudah digunakan dan banyak fungsi menarik.

Jika anda seorang yang lebih selesa membeli apa yang orang ramai lain beli, 3 pilihan di atas dapat dijadikan panduan. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 Kamera Paling Laris - Mac 2011 (Interchangeable Lens)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !