Sunday, March 6, 2011

Belayar Keliling Malaysia Dengan Kapal 2

  Mat Bihi       Sunday, March 6, 2011
Bot marin singgah ke kapal
Hari ini 6hb Mac 2011, hari kedua pelayaran dimulakan dengan kejutan azan subuh dari corong pembesar suara kapal.
Saya bergegas bangun mencapai berus dan ubat gigi ke bilik air. Masih ada yang menunggu giliran masuk ke tandas dan juga bilik mandi manakala ramai yang sudah sedia di hamparan tikar sembahyang.
Solat subuh ditunaikan bersama sebahagian dari anak kapal sementara masih ada yang baru sedang mandi dan masih ada juga yang masih tidur.
Selesai solat saya lepak di tempat di pantry bancuh dan minum Nescafe, mengunyah biskut kering sambil menonton tv.
Cahaya sudah mula terang melalui tingkap bulat kapal. Saya bangun mengambil kemera untuk melihat diluar apa yang boleh dirakamkan.
Khairul, kawan saya dah lama berada di atas dek bersama kameranya. Kali pertama hari ini saya melihat ikan lumba-lumba melompat dan menyelam tak jauh dari kapal.

Pemandangan kapal waktu malam dari luar
Sukat untuk menrakamkan ikan tersebut yang tak boleh dijangkakan dimana ia akan muncul.  Sempat juga saya tembak beberapa pemandangan menarik sebelum terasa lapar dan turun semula ke dapur. Ada sarapan pulut dimakan dengan kelapa parut dan ikan kering telah tersedia untuk dimakan.
Habis makan naik semula ke dek bersama buku interlock karangan Abdullah Hussain, sasterawan Negara yang menjadi kontroversi bangang baru-baru ini.
Bagus juga jadi begitu, kalau tak saya tak akan beli dan baca buku tersebut. Memang menarik ceritanya dan patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia, nanti akan saya cerita berkenaan buku tersebut bila ada kesempatan.

Susana dalam rumah kemudi
Kapal telah memulakan pelayarannya sejak pukul 7 tadi menuju ke Tanjung Piai. Dari Bandar Hilir kapal berlayar menyelusuri jalan biasa malalui Johor.
Di sebelah kiri kapal kelihatan tanah darat sayup-sayup dari jauh dalam 10 km dari kapal manakala di sebelah kanan pula adalah jalan utama perkapalan. Kelihatan banyak kapal-kapal besar berlayar perlahan.

Minum dengan geng penang di bandar hilir
Kapal yang bersebelahan kami menuju kea rah Melaka, manakala yang sebelah sana menuju kea rah Johor. Ia adalah lebihraya utama perairan antara bangsa yang 2 hala sebelah menyebelah.

Mula bergerak meninggalkan bandar hilir
Dari jauh Nampak macam kapal tidak bergerak. Tapi sebenarnya mereka bergerak agak laju, menuju ke destinasi masing-masing. Demikian yang diterangkan oleh kapten yang duduk atas kerusi bersama saya di atas dek.
Ikan Tuna Sirip Kuning, mahal harganya ni !
Pemandangan petang
Tanah Johor di kiri kapal
Nelayan
logoblog

Thanks for reading Belayar Keliling Malaysia Dengan Kapal 2

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment