Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 20, 2011

Pekan Penanti - Kampungku

  Mohd Shubhi       Sunday, March 20, 2011
Pusat main mahjung belakang kedai Ah Nyok masih ber
operasi hingga kini.
"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Tepat sekali kata-kata orang tua dulu-dulu. Kampung Penanti menjadi tempat saya bermain, membesar, dan belajar sehingga dewasa.

Banyak sudah berlaku perubahan demi perubahan dari segi pembangunan dan juga struktur masyarakat di situ namun setiap kali pulang menjenguk emak di kampung segenap penjuru lokasi yang saya lalui mencetuskan nostalgia yang tak pernah terpadam dari ingatan saya.

Selain daripada Bukit Mertajam, Pekan Penanti merupakan pusat tumpuan bagi penduduk setempat dan kawasan kampung sekelilingnya membeli barangan. Ini kerana lokasinya yang amat strategik yang menjadi pertemuan kepada 3 jalan utama kawasan tersebut.

Simpang tiga betul-betul di depan balai polis pekan Penanti merupakan pertemuan jalan yang menghubungkannya dari jalan ke Bukit Mertajam, jalan ke Permatang pauh dan juga jalan ke Lunas.

Tinggalan bekas bangunan kedai terbakar di
Pekan Penanti tidak dibangunkan semula
hingga sekarang 
Banyak kedai-kedai yang menyediakan segala macam keperluan di Pekan Penanti. Antara kedai yang dari dulu sampai sekarang masih kekal ialah kedai yang kami panggil 'kedai Bata'. Di kedai itulah saya berulang alik beli semua jenis kasut. Kasut sekolah, kasut selipar, kasut bola, kasut terompah dan lain-lian. Selain kasut, kedai bata juga menjaual semua keperluan dan peralatan lain.

Jamban tinggalan belakang kedai 
Kini sudah ada banyak pesaing yang lebih canggih. Ada lebih dari 3 kedai mini pasaraya yang beroperasi di pekan Penanti dan semuanya sentiasa penuh dikunjungi pelanggan dari segenap tempat. Semua taukeh kedai seperti biasa adalah orang cina dan semua pembeli macam biasa orang melayu.

Ketika pulang baru-baru ini saya lihat perkembangan yang ketara di sekitar Pekan Penanti. Makin banyak bangunan baru terbina di sepanjang 3 jalan utama yang saya sebut tadi. Ini meluaskan lagi kawasan Pekan tersebut. Cuma agak malang sedikit keluasan jalan-jalan utama masih kekal sejak sebelum saya dilahirkan dulu sehingga sekatang.

Tokong belakang kedai sebelah lorong laluan kini berubah
sedikit bentuknya. Saiznya masih sama cuma sudah
dipasang pintu.
Jalan-jalan amat sempit dan tidak berubah sesuai dengan perkembangan pembangunan dan penambahan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Tidak hairan apabila waktu puncak, jalan agak tersangkut dan merimaskan. Lebih-lebih lagi apabila ada pasar malam, habis ketiga-tiga jalan penuh dengan kenderaan yang tersangkut.

Saya ada pernah cerita tentang deretan bangunan kedai yang terbakar di Pekan penanti suatu masa dulu. Punca terbakarnya saya dapat tahu bermula di sebuah rumah kedai yang didiami sekeluarga cina.

Malang bagi keluarga tersebut kesemua anak-anaknya lahir dan membesar tidak sempurna akal. Anak lelakinya yang sulong masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang. Namanya Ah Ho.

Dinding kedai getah skrap yang kini
sudah tidak beroperasi. Dulu banyak
getah dalamnya.
Ah Ho setiap hari akan merayau-rayau sekeliling kampung. Dia tak berapa cerdik tapi bukan gila dan tidak juga menggangu orang. Dia cuma suka melihat anak-anak dara yang ada sekeliling kampung tersebut.

Senyumnya akan melebar sebaik saja terlihat anak dara, ditambah lagi jika ada yang layan makin lebarlah senyumannya tersipu-sipu tak bergerak. Sesuatu yang bagus Ah Ho ini ialah dia sering membantu makcik-makcik tua mengangkat barang pulang ke rumah dari kedai di pekan penanti.

Ah Ho mati terbakar bersama dengan deretan kedai-kedai dan juga keseluruhan adik-adiknya. Kalau tak silap saya hanya seorang saja adiknya yang selamat, dia terjun keluar dari kebakaran (saya tak berapa pasti, kalau ada yang masih ingat sila beritahu saya). Malam itu Pekan Penanti tak ada letrik. Seluruh kampung gelap gelita.

Memang dulu dalam sebulan pasti akan ada kejadian bekalan letrik terputus. Seringkali ia disebabkan oleh dawai letrik yang terputus atau tersangkut pelepah kelapa atau batang pokok yang patah.

Jadi malam itu semua orang memasang lilin dalam rumah masing-masing sementara menunggu tidur atau bekalan letrik di sambung semula.

Adik beradik Ah Ho yang tak cerdik malam itu berada di atas rumah. hari dah agak lewat dan mereka semua masih tak tidur.

Sementara menunggu tidur mereka bermain api dari lilin yang dipasang atas rumah mereka. Apabila orang tak cukup akal main api, semua orang boleh jangkakan apa yang akan berlaku.

Buah seralat yang masih kekal sampai sekarang. Saya
masih lagi tak jumpa tempat lain yang ada buah ini.
Nak diringkas cerita, ia berakhir dengan keseluruhan deretan rumah kedai di Pekan Penanti itu terbakar hangus, termasuklah mereka yang bermain api tadi.

Saya ada balik bulan lepas dan sempat ambil beberapa gambar sebagai tambahan kepada cerita yang lalu. Saya ada ceritakan tentang kedai kopi Ah Nyok yang popular yang ada kedai mahjung belakangnya.

kedai Ah Nyok yang terletak bersebelahan rumah kedai adik beradik Ah Ho itu hangus terbakar. Yang tinggal sekarang hanya bahagian main mahjung saja kini yang masih beroperasi dengan meriah.

Ada sebuah tokong kecil di kawasan belakang kedai Ah Nyok yang masih ada sampai sekarang. Masa kecil dulu saya sering curi buah epal, limau dan juga pisang yang dipersembahkan kepada tokong mereka. Setiap kali emak suruh saya ke kedai, saya akan lalu depan tokong kecil tersebut.

Jika saya lihat ada longgokan buah yang masih segar baru diletakkan, saya akan ambil sebiji atau dua biji. Sedap!, mana boleh tahan tengok ia terbiar kering begitu sedangkan untuk mendapatkan buah-buah sebegitu keluarga saya tak mampu.
Buah seralat yang masak jatuh dari pokok. Sudah boleh
dimakan.

Tak jauh dari situ juga ada sebatang pokok unik yang buahnya kami panggil "Buah Seralat". Buahnya berwarna orange kemerahan dan seluruh buah tersebut berbulu seperti baldu. Kalau nak makan ia perlu digosok dengan menggunakan serabut kelapa dahulu sehingga hilang licin semua bulu baldunya.

Selepas itu baru dikupas buang kulitnya dan dimakan isinya, rasanya memang sedap dan tak ada rasa buah lain seumpamanya yang boleh saya bandingkan.

Saya ada lampirkan gambar-gambar yang di rakam untuk tatapan. Sekian!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pekan Penanti - Kampungku

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. aloo mr blogger....

    takat buah seralat tu....
    hang jangan dok kelentong laa kata kat lain tak dak.......
    berapa pikul hang mau...
    aku nak bawak pi.....

    dulu kat matang pauh belambak dok ada.....masa tu buah binjau pun bercambah cambah.....

    kat tase3k glugor...matang manggis banyak dok ada......


    jangan marah aaaaaaa....

    ReplyDelete
  2. aku pun aasal dari penanti nie dah brapa kali ngundi kat senk men penanti tyu... dari kbg ulu hahaha mr blogger dok area mana? kedai bata haaa mmg sibuk penanti.... dari kecik sampai sekarang bnyk berubah.. la nie pun dok sibuk nak buat jalan ketapi... sikit ari lagi bedebu laaagiii alaaaa kuari laagi dok bom bergegar rumah dulu...tapi la nie tak rasa pulaaa?? -syah

    ReplyDelete
  3. mat tempo,
    kalau saya tak jumpa buklan makna tak ada...
    kat tempat kita mungkin banyak, tapi tak pasti negeri lain ada ka takdak...

    walumacam manapun terima kasih atas komen tuan. balik kampung nanti tolong hantar kat saya seraga...hahaha.

    Syah,
    saya undi kat sekolah mengkuang, patutla tak jumpa masa mengundi...terima kasih kerana komen.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !