Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 19, 2011

Tokay Gecko Lahirkan Jutawan Segera !

  Mohd Shubhi       Saturday, March 19, 2011
Tokay dah galamour la ni !!!
Semua orang tentu dah tahu dan pernah dengar nama cicak ni. Nama saintifiknya adalah Gekko Gecko. Ia adalah dari species reptilia dan berada dalam keluarga Gekkonidae. Tokay Gecko merupakan species kedua terbesar daripada kesemua species Gecko.

Ia boleh membesar sehingga berukuran antara 11 inci hingga 15 inci bagi Tokay jantan dan di antara 7 inci ke 11 inci bagi Tokay betina. Beratnya pula boleh mencapai di antara 150 gram sehingga 300 gram. Jangkahayat Tokay boleh mencapai sehingga 7 ke 10 tahun. Dalam kes-kes tertentu Tokay boleh hidup sehingga 18 tahun jika dipelihara dalam kurungan.

Warna Tokay pula adalah perang cerah dan mempunyai tompokan antara kuning cerah atau merah terang di seluruh badannya. Matanya besar dan kelihatan mempunyai pupil menegak seperti memisahkan matanya yang berwarna coklat kehijauan. Ada juga mata Tokay yang berwarna orange atau kuning.


Kawasan penempatan asalnya adalah di kawasan hutan hujan. Boleh ditemui di India, Bangladesh, Asia Tenggara, Philipina dan juga Indonesia. Ada juga Tokay di temui di kawasan penempatan di mana mereka berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dengan dilihat memanjat dinding dan siling pada waktu malan mencari makanannya yang berupa serangga.

Pada penghujung tahun 1980, Tokay dimasukkan di kawasan seperti Hawaii, Florida, Texas, Belize dan juga di beberapa Kepulauan Caribbean.

Di Filipina ia di eknali sebagai Tuko atau Toko. Manakala di Indonesia atau Malaysia ia dipanggil Tokek. Nama ini adalah terhasil daripada bunyi yang dikeluarkan olehnya. Bunyinya amat nyaring terutamanya pada musim mengawan yang kedengaran berbunyi Gekk-Gekk, atau Poo-Kay seperti bunyi tutupan pintu berkarat. Dari situlah namanya terbentuk.

Ada masyarakat terutamanya di Indonesia yang meminati Tokay kerana suara yang di keluarkan olehnya. Di Filipina pula ia merupakan sejenis binatang yang dihormati kerana ia membantu mengahpuskan serangga berbisa seperti kalajengking dan juga lipan. Ada juga kepercayaan bahawa kakinya mampu meluruhkan kulit manusia jika disentuh.

Tokay ini mampu menggigit. Gigitan tidak akan dilepaskannya sehingga beberapa lama kurang dari satu jam. Untuk melepaskannya memang sukar tanpa mencederakannya. Satu cara mudah untuk melepaskan gigitannya adalah dengan merendamnya dalam air atau meletakkannya atas lantai agar ia bertenang. Gigitannya juga akan terlepas jika kita menyapu sedikit cuka pada hidungnya.

Sekarang ini Tokay sedang heboh di cari serata tempat kerana ada permintaan yang tinggi. Lidah Tokay dikatakan berupaya merawat penyakit AIDS manakala dagingnya juga mampu mengatasi masalah lemah seks. 

Darah serta hempedunya pula dipercaya mampu melenyapkan masalah ketumbuhan dan kanser. Cuma masalhnya ialah hanya Tokay yang mempunyai berat lebih dari 300 gram sahaja yang mempunyai keupayaan mujarab yang di sebutkan tadi. Sedangkan mengikut kajian serta pemerhatian zoology beratnya maksimumnya adalah 300 gram sahaja. jadi untuk mendapatkan berat lebih dari itu adalah sesuatu yang amat sukar.

Ada berita yang mengatakan terdapat pembeli dari luar negara yang sanggup menawarkan harga sehingga RM1 juta bagi mendapatkan Tokay yang berat melebihi 300 gram. maka berebutlah ramai usahawan yang meleleh air liurnya bila mendengan RM1 juta.

Ada juga kawan-kawan saya yang berulang alik ke Indonesia bertindak sebagai broker Tokay kerana dikatakan ada 7 ekor Tokay yang beratnya sekitar 400 gram. Tapi sampai hari ini bayang Tokay yang seberat itupun tak pernah dilihat lagi. kalau mereka tahu Tokay melebihi berat 300 gram adalah kes luar biasa, tentu mereka tak habiskan masa dan duit ulang alik ke sana.

Walau bagaimanapun, mereka yang bijak menangkap Tokay dan membelanya dengan harapan ia akan mencapai saiz dan berat yang diidamkan. Biasanya belum sempat besar sudah ada orang lain yang akan beli yang juga berniat mahu membelanya sehingga mencapai lebih 300 gram.

Yang pastinya penjual awallah yang paling beruntung manakala penbeli terakhir yang membelanya akan menjadi seperti pungguk rindukan bulan, menunggu dan terus menunggu, menimbang dan terus menimbang setiap hari sehinggalah datang ajal Tokay tersebut atau tuannya sendiri yang menemui ajalnya.

Jalan penyelesaianya jika anda mahu menjadi usahawan Tokay ialah dengan hanya menangkapnya sebagai perniagaan binatang peliharaan. Jual saja pada mereka yang berminat dan janganlah pula anda bela dan tunggu hingga ia mencapai berat lebih 300 gram biar orang lain tunggu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tokay Gecko Lahirkan Jutawan Segera !

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. potzkshahaha...saya setuju,saya salah seorang diantara kawan2 saya yang masih berusaha tanpa jemu walau habis bermodal RM dari selatan semenanjung sampai selatan Siam termasuklah ke Surabaya Indonesia di tipu tuan punya gecko, lebih teruk lagi bila berjumpa beroker2 yang mengaku punya gecko.Cuma nasib saya masih baik belum terkena berjumpa kaki2 pau memeras ugut seperti pernah saya dengar.Kami percaya satu hari nanti akan berhasil kerana kami wakil kepada buyer luar yang di amanahkan.

    ReplyDelete
  2. jangan gecko tak dapat jadi KREKO macam 3 ekor berok mak yeh pengedar fitnah & pelem briru

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !