Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 23, 2011

10 Pasar Bunga Terkenal Dunia !

  Mohd Shubhi       Saturday, April 23, 2011
Kita ada pasar bunga terbesar setahun sekali di MAHA
Ramai orang yang suka pada bunga, terutamanya wanita. Salah satu kegunaan bunga adalah sebagai hiasan penyeri rumah atau pejabat. 

Tak ada negara yang tak ada bunga. Tapi ada negara yang tak mengambil faedah daripada berjenis-jenis bunga yang ada padanya untuk dikembangkan menjadi industri perniagaan yang besar.

Bagi negara yang peka, mereka tidak melepaskan peluang bagi mempromosikan perniagaan bunga sebagai salah satu sumber pendapatan tetap rakyatnya.


Pak Khlong Talat, Bangkok
Di luar negara, industri bunga dah lama berkembang terutamanya di Belanda. Ada banyak negara yang mewujudkan pasar bunga dimana ia dibuka setiap minggu. Saya tak pasti ada pasar bunga di negara kita. Tapi jual pokok bunga banyaklah, itu kira oklah kot?.

Mari kita lihat senarai 10 pasar bunga paling top di dunia yang meletakkan Thailand sebagai salah satu destinasi pasar bunga terkenal:

  1. Marche aux fleurs, (Marche= pasar, fleurs=bunga), Place Louis, Lepine, Ile De La Cite, Paris, France. Wujud sejak tahun 1808 sehingga sekarang. Dibuka setiap hari ahad menawarkan pelbagai bunga segar.
  2. Mercado de la flores (sama juga maksudnya, pasar bunga), Plazoleta del Carmen, Cuenca, Equador. Cuenca merupakan salah satu tempat yang diiktiraf sebagai khazanah dunia oleh Unesco. Iklimnya yang sentiasa seperti musim bunga menggalakkan lagi industri bunga. Waktu siangnya nyaman dan malamnya agak dingin, perlu ada baju sejuk.
  3. Aalmeers Flower market, Aalmeers, Belanda. 20 juta bunga dilelong setiap hari di pasar bunga Aalmeers. Pasar lelong bunga ini amat unik di Belanda. Orang biasa yang mengunjungi pasar lelong ini tak boleh beli, tapi setakat nak tangkap gambar bolehlah.
  4. Pak Khlong Talat, Bangkok, Thailand. Anda boleh pergi pasar ini bila-bila masa kerana ia dibuka 24 sehari. Dalam industri pertanian, negara kita mungkin ketinggalan 20 tahun daripada Thailand.
  5. Phool Mandi, Connaught Place, New Delhi, India. Merupakan pasar bunga terbesar di Asia. Kalau anda pergi di antara bulan Oktober dan February, anda tak akan sempat beli bunga. Masa itu musim orang Hindu kahwin. Tak ada bunga, tentu tak sah!.
  6. Campo Dei Fiori (Campo=padang, Fiori=bunga), Rome, Itali. Dengar namanya saja dah boleh bayang besarnay pasar bunga tersebut.
  7. Sydney Flower market at Flemington, Sydney, Australia. Terdapat 172 penjual bunga di pasar ini.
  8. Caojiadu Flower market, Shanghai, China. Pasar bunga ini unik kerana diadakan dalam bangunan 3 tingkat. Jangan lupa tawar menawar jika beli kerana harga sentiasa diletakkan paling mahal.
  9. Highland Flower Market, Chichicastenango, Guatemala. Dibuka setiap hari khamis dan ahad. Penjual bunga dari seluruh pelusuk daerah datang menjual bunga berwarna warni mereka disini bersama dengan barangan tradisional. Jangan lupa bawa kamera kalau pergi.
  10. Cours Saleya Flower market, Cote D'Azur, Nice, France. Nice yang memang dah cantik diserikan lagi dengan pasar bunga terkenal ini.
Cote D'Azur,Nice
Oleh kerana kat Malaysia tak disenaraikan saya tambah satu lagi kat bawah:

11. Nusery pokok bunga sepanjang jalan dari Kampung Melayu Subang menuju ke Sungai Buluh. Macam bunga dijual sekali dengan pokoknya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 Pasar Bunga Terkenal Dunia !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. bestnye mcm nak pergi semuanya..rasa tenang tgk bunga

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !