Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 9, 2011

"Thought Provoking" - Bagi Peminat DSLR

  Mohd Shubhi       Saturday, April 9, 2011
Terbaca posting mengenai fenomena kemunculan budaya mengusung Kamera DSLR merata tempat kat negara kita semenjak dua menjak ini. Baca blog ini.

Bukan saja kegilaan kepada kamera tersebut berlaku di negara kita, sebenarnya ia merupakan satu fenomena sejagat yang berlaku di kebanyakan negara maju dan juga membangun.

Kamera buka lagi menjadi benda asing dalam kehidupan majoriti manusia atas mukabumi ini sekarang. Boleh dikatakan kebanyakan telefon bimbit dilengkapi dengan kamera.


Selain dari itu, kamera kompak bersaiz kecil bersepah dipakai ramai orang dan terjual di serata tempat dengan harga yang murah.

Logiknya apabila orang ramai mula menggunakan kamera samada dari jenis handphone, kompak atau lain-lain seumpamanya, maka akan timbul minat dan perbandingan ke atas kualiti gambar yang dihasilkan.

Pengetahuan dan juga keinginan untuk mendapatkan gambar yang cantik, sharp dan berseni akhirnya membawa kepada keinginan memiliki kamera dslr. Mencintai keindahan dalam bentuk seni photografi adalah sesuatu yang baik.

Jika lukisan adalah merupakan seni coretan dengan menggunakan cat, maka photografy adalah merupakan seni lukisan dengan menggunakan cahaya. Setiap gambar yang terhasil daripada klik kamera merupakan suatu coretan seni yang menggunakan sumber cahaya sebagai bahan utamanya.

Dalam ilmu sains, cahaya adalah sesuatu yang misteri yang mempunyai ciri-ciri hebat. Semua orang tahu kelajuan cahaya yang merupakan benda paling laju yang diketahui manusia. Ilmu sains cahaya masih lagi menjadi kajian para saintis bagi merungkai misterinya.

Apabila sesuatu teknologi yang memelukan penggunaan cahaya sebagai salah satu bahan penting di reka bentuk, maka sudah pasti peralatannya tidak murah, sudah tentu ianya canggih.

Maka dari situlah punca pembuatan kamera yang dapat mengawal kelajuan cahaya dengan baik yang menerobos masuk bagi malakarkan imej pada sensor sesebuah kamera amat mahal.

Ringkasnya adalah, janganlah anda gusar samada anda bukan seorang photographer tetapi memiliki kamera yang mahal tak patut, ianya berbaloi jika anda menghargai seni dan juga teknologi.

Cuma janganlah terikut-ikut dengan program seni kamera yang menganjurkan berbagai acara sehingga habis segenap kedai, lorong, pasar, hutan, jamban, dan merata-rata lagi yang mana tujuan utama mereka hanyalah untuk melariskan jualan barangan aksesori kedai kamera mereka sahaja.

Cukuplah sekadar bersederhana dengan kelengkapan yang anda miliki dan bersesuaian dengan minat anda kepada sesuatu perkara. Tak perlulah menerobos dalam semua genre photography sehingga anda menghabiskan duit untuk menyediakan segala peralatannya, melainkan jika anda mahu menjadi pro.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, "Thought Provoking" - Bagi Peminat DSLR

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !