Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, April 10, 2011

Roti Bengali Yang Lazat !

  Mohd Shubhi       Sunday, April 10, 2011
Mungkin ada orang yang tak kenal 'roti bengali' atau 'roti tawar', sejenis roti yang amat popular di Pulau Pinang. Dulu sebelum wujudnya roti gardenia, mak akan sentiasa menyimpan stok roti bengali ni dalam bekas tupperware besar sebagai simpanan alas perut kalau lapar.

Kalau nak dibandingkan rasa antara roti bengali dengan roti gardenia, bagi saya roti bengali jauh lebih sedap, beraroma dan padat, lebih-lebih lagi jika dicicah dengan kopi-o, terasa cair di mulut.

Sejak kecil dulu roti bengali merupakan makanan rutin sarapan pagi kami sekeluarga di kampung. Mak akan panaskan gulai semalam dan hidangkan dalam mangkuk untuk dicicah dengan roti bengali. 

Roti bengali juga amat sedap jika disapu planta dan ditabur gula atau di sapu dengan kaya. Sebelum dimasukkan dalam mulut, cecah sikit pada air kopi, bertambahlah kelazatannya.


Sekarang ni, agak sukar untuk mendapatkan roti bengali di KL, bukannya tak ada tapi ianya tidak dijual secara meluas macam di Pulau Pinang. Kalau balik kampung saya akan borong 4 ke 6 biji untuk dibawa balik.

Masalahnya roti bengali ni tidak dapat tahan lama macam roti gardenia, ini disebabkan tidak ada apa-apa bahan pengawet yang dicampur dengannya, jadi ia lebih sihat. Sebab itulah juga orang kampun panggilnya dengan nama roti tawar.

Satu lagi kegemaran yang sukar untuk dilepaskan setiap kali balik kampung adalah bersarapan di gerai mamak tepi jalan di tanjung. Gerai tumpang yang ada terdapat di jalan Pasar atau Jalan Masjid kapitan Keling itu biasanya bertempek di dinding bangunan tepi jalan dan kerusi serta meja diatur sepanjang kaki lima bangunan.

Kat situ kita boleh pekena roti bengali bakar 2 keping yang ditabur dengan 2 biji telur separa masak. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan sedikit kicap dalam pinggan roti kemudian masuk satu potongan ke dalam mulut, masa masukkan tu pejam mata dan kunyah perlahan-lahan, nikmatilah keenakan rasa yang lemak, masin, rapuh di dalam mulut anda, 2 pingganpun tak cukup.

Baca liputan tentang roti bengali kat sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Roti Bengali Yang Lazat !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !