Jas Du It

Jasduit - Just do it !

Friday, June 3, 2011

3 Sebab Kenapa Kemahiran Ambil Gambar Kita Tak Meningkat

  Abu Ays       Friday, June 3, 2011
Ramai orang minat kamera sekarang ini. Kita boleh tengok serata tempat ramai yang membawa DSLR mereka tersangkut di leher ketika berada dikawasan peranginan. Kadangkala ada juga yang kelihatan membwa DSLR mereka ketika ke pasar beli ikan.

Ada yang minat kamera dan memiliki sebuah, tapi setelah bertahun kualiti gambar yang dihasilkan tak seberapa. Kemahirannya masih ditahap lama, kenapa? Ini 3 sebab mudah yang memang ramai yang mengalaminya walaupun tak nak mengaku:

  1. Tak bawa kamera - kalau dah minat kamera pastikan anda sentiasa membawa kamera dalam beg anda sekurang-kurangnya sebuah kamera kompak bagi melatih kemahiran anda dalam komposisi. Rajin-rajinlah ambil gambar dan menilai gambar yang anda telah ambil.
  2. Anda hidup tergesa-gesa - Ramai orang hidup kelam kabut macam tak cukup tanah sekarang ini. Entah apa yang mereka kejar tak tahulah. Jadi tak ada masa nak melihat suasana sekeliling, pemandangan indah, kejadian yang berlaku sekeliling. Jika begini keadannya sampai bilapun anda tak nampak gambar apa yang nak diambil.
  3. Risau atau takut orang kritik - Ini merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi oleh semua manusia. Anda sentiasa bawa kamera. Anda menikmatai perjalanan hidup anda dengan tidak tergesa-gesa. Apabila anda nampak sesuatu yang menarik untuk dirakamkan, malangnya anda takut nanti apa orang kata apabila anda keluarkan kamera anda dan mula mengambil gambar. Akhirnya anda simpan saja niat itu dan biarkan kamera terperap dalam beg.
Itu antara beberap perkara tak bijak yang sering menghantui peminat kamera. bagaimana saya tahu semua itu...sebab itu adalah perkara yang saya alami selama ini yang masih saya cuba atasi. Anda pulak bagaimana ?
logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, 3 Sebab Kenapa Kemahiran Ambil Gambar Kita Tak Meningkat

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Betul bro... saya sedang alami 3 perkara yang anda nyatakan tu... dah hampir 5 tahun saya minat bidang ni dan ada 3 biji kamera... kompak pun ada DSLR pun ada... rasanya nak kena kursus kot!!!

    ReplyDelete
  2. bro cuba singgah ke blog saya "stanza-alam"... posting bergambar 2010 semua gambar-gambar saya ambil sendiri guna kompak kamera... posting tajuk2 2011 semua saya "cilok" gambar kat blog lain kerana kecewa dengan gambar2 saya..kdg2 tak idea nak ambil gambar apa... cuma satu posting terbaru 2011 saya gunakan gmbar sendiri gunakan kamera DSLR Nikon saya baru beli.. tajuk posting tu "Keindahan Masjid Kubang Semang"...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !