Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 29, 2011

Nikon 70-300mm f/4.5-5.6G Nikkor AF-S VR Zoom-Nikkor IF-ED

  Mat Bihi       Wednesday, June 29, 2011
Mari kita tengok hasil gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon D7000 bersama dengan lensa telephoto zoom Nikon 70-300.

Kelebihan telephoto zoom ni adalah ia membolehkan kita ambil gambar objek yang berada jauh daripada kita yang mana ada halangan untuk kita menghampiri objek yang mahu kita rakamkan.

Contohnya seperti bila kita mahu rakam gambar binatang di hutan atau di zoo dan kita mahukan gambar haiwan tersebut berada dekat atau memenuhi kerangka gambar kita. Lagipun dengan berada jauh daripada objek ia tidak menggangu haiwan tersebut.

Selain daripada itu, lensa jenis itu amat sesuai untuk merakamkan gambar potrait di mana kita dapat mengkaburkan objek yang tidak menjadi fokus utama kita.



Dalam sesetengah keadaan lensa ini baik untuk merakamkan gambar pemandangan yang memberi tumpuan pada tona perubahan warna seperti pemandangan gunung ganang yang berada jauh.

Secara keseluruhannya saya puas hati dengan keupayaan lensa yang saya pakai ini, hasil gambarnya baik, dan  saya sukakan warna yang dihasilkan. Cuma ia agak berat dan bersaiz besar sedikit, kalau bawa berjalan dengan galas pada bahu agak terasa beratnya.









logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nikon 70-300mm f/4.5-5.6G Nikkor AF-S VR Zoom-Nikkor IF-ED

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment