Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, July 25, 2011

10 Bandar Paling Tinggi Kos Parkir Kereta

  Mohd Shubhi       Monday, July 25, 2011
Siapa sangka manusia terpaksa membayar untuk segala-galanya sekarang. Tok nenek kita dulu tentu tak sangka dan tak akan percaya bahawa cucu-cicitnya terpaksa bayar untuk berak dan kencing, untuk minum air kosong, untuk mandi dan lain-lain keperluan asas yang kemudahannya memang telah disediakan oleh Tuhan.

Dahulu kalau nak buat rumah, orang tua-tua masuk hutan, pilih pohon kayu yang baik dan tebang untuk dijadikan tiang dan juga lantai rumah. kalau mahukan pasir, mereka cuma perlu korek pasir di sungai. Semuanya memang tersedia sejak azali (lama) terhampar untuk kegunaan manusia.


Dahulu kalau nak mandi laut, pergi saja tepi pantai tukar kain basahan dan terjun, kawasan pantai yang indah-indah dan redup adalah kepunyaan semua orang awam. Tapi kini ada pantai yang perlu dibayar jika kita mahu berada di situ.

Dahulu ketika kenderaan masih jarang-jarang dan kebanyakan kita hanya naik basikal, kereta lembu atau kereta kuda, kita letak kenderaan kita ikut kat mana kita suka asalkan tak menggangu orang lain, kat kampung masih ada budaya sebegitu di mana kita boleh letak kereta percuma.

Ada orang yang kereta tak boleh masuk ke kawasan rumahnya yang tercorot dan tiada laluan. Jadi terpaksalah dia meletakkannya di luar kampung atas tanah orang. Tak ada masalah semua itu sekarang dan tuan punya tanah masih tak minta bayaran untuk kos parkir di situ. Tetapi saya yakin semua itu tidak akan berkekalan.

Saya pasti satu masa nanti, di kawasan kampung juga parkir merupakan satu kos hidup. Tak akan ada orang yang biarkan kenderaan diletakkan di atas tanahnya secara percuma sebagai mana yang sedang berlaku di bandaraya-bandaraya.

Di kawasan bandaraya, samada kereta anda berjalan atau berhenti ada saja kos yang perlu anda keluarkan, tiada yang percuma. Jika berhenti, kena bayar kos parking, kalau berjalan kena bayar tol dan minyak. Semua kawasan ada tuan empunya yang akan menuntut bayaran.

Jika anda tinggal di kondomonium atau pangsapuri, anda  bukan sekadar perlu membeli rumah, tetapi anda juga perlu membeli lot parking, melainkan jika anda tidak ada hasrat untuk memiliki kenderaan sepanjang hayat anda.

Sebaik jahaja anda keluar dari kawasan rumah ke tempat kerja, maka kaunter duit sentiasa bergerak, tol dan minyak bahan api. Apabila berhenti saja di tempat kerja dan meletakkan kereta anda, meter parking pulak berjalan. Begitulah nasib dan kesusahan yang kita cipta sendiri.

Kita sebenarnya sentiasa dalam keadaan seperti seorang yang mencampakkan bola ke depan lari untuk mendapatkannya, sebaik sajaha sampai di depan bola kaki kita menendangnya ke depan semuala dan kita terus mengejarnya lagi...lebih jauh.

Panjang pulak mukadimah tentang kos parking kenderaan. Sebagaimana tajuk di atas, berikut di senaraikan 10 bandar beserta kos bulanan bagi parkir yang perlu dibayar oleh penduduknya:

  1. London, City - USD1083 
  2. London, West End - USD1014
  3. Zurich - USD822
  4. Hong Kong - USD744
  5. Tokyo - USD744
  6. Rome - USD718
  7. Perth - USD717
  8. Geneva - USD704
  9. Sydney - USD695
  10. Oslo - USD612
Untuk maklumat kos parking di Singapura adalah USD225 sebulan manakala di Bangkok adalah USD82 sebulan. Kos di jakarta adalah USD27 sebulan.

Baca di sini untuk maklumat asal.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 Bandar Paling Tinggi Kos Parkir Kereta

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !