Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 28, 2011

Fiqh Bukan Dari Quran, Ia Adalah Tafsiran Manusia - SIS

  Mohd Shubhi       Thursday, July 28, 2011
Ratna Osman
Ratna Osman mewakili Sister In Islam berucap tentang hak wanita dalam satu forum yang dianjurkan oleh  UMMA Trust dengan kerjasama AUT University.

Fahaman hukum feqah yang menyentuh kaum wanita yang ada sekarang yang didokong oleh para ulama konservatif banyak yang bertentangan dengan konsep keadilan yang ditekan di dalam Quran. Kata Ratna.

Umat Islam perlu mentafsir semula segala pandangan mereka terhadap hak-hak kaum wanita agar sama adil dan bersesuaian dengan keadaan semasa.


Hukum-hukum feqah yang ada tidak semestinya merupakan suruhan Tuhan dari Al-Quran, ia hanyalah tafsiran atau andaian manusia yang tidak semestinya selari dengan kehendak Tuhan. Feqah adalah ayat-ayat manusia, ia bukan firman Tuhan, jesteru itu ia boleh dipinda bersesuaian dengan kehendak semasa. Katanya lagi.

Ada persamaan dengan doktrin Kassim Ahmad dan mereka yang sealiran dengannya yang mencadangkan penilaian semula hadith kerana kata mereka ia merupakan riwayat manusia yang terdiri daripada para sahabat dan juga pengikut para sahabat. Maka tidak ada jaminan akan ketulinannya dan terpelihara daripada pemesongan. Berdasarkan alsan tersebut mereka mengajak umat Islam agar hanya merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai sumber hukum.

Mereka mencari jalan selamat dengan menolak khilaf manusia tanpa menafikan keTuhanan dan juga Kenabian. Jika mereka menolak hadith, mereka sebenarnya menolak periwayat hadith tersebut, dan jika mereka menolak hukum, mereka sebenarnya menolak interpretasi manusia.

Kemajuan teknologi maklumat membuatkan manusia terdedah dengan berbagai ilmu dan pemikiran, berserabut dan bercampur aduk. Oleh kerana banyak yang mereka tahu maka ramai manusia yang merasakan mereka sudah cukup tahu....wallahu'alam.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Fiqh Bukan Dari Quran, Ia Adalah Tafsiran Manusia - SIS

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Sepatutnya SIS ditukar ke CIS iaitu
    Celaka in Islam atau Criminals in Islam. Membuat penilaian hukum hanya
    menggunakan logik akal. Konsep yang di katakan betina ini ialah konsep Al Bada'yang terdapat dalam ajaran sesat Syiah. Hukum Fiqh mengikut peeradaran masa. Samalah dengan puak sesat Yahudi dan Nasrani.Inilah akibatnya bila diri dikawal nafsu Syahwat.

    ReplyDelete
  2. Sis ni adik beradik perkasa. Musuh dalam islam yg bertopengkan "islam". Berjaga-jagalah wahai ummat islam.

    ReplyDelete
  3. Agaknye wakil SIS ade masa wahyu turun dan duduk bersama dgn nabi sallallahu 'alaihi wasslaam. Tak pon kot diorang ade wakil bersalam ulama 2 salaf pada zaman tu..

    ReplyDelete
  4. Aku tergaman bila kenyataan "Fiqh bukan dari Quran, ia adalah tafsiran manusia" menjadi sautu masalah untuk diterima.
    Kemungkinan kejijikan sesetengah pihak kepada kenyataan tersebut timbul, kesan kepada sejarah perjuangan SIS. Dimana setiap langkah NGO ini dilihat cuba menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam.
    Namun kenyataan "Fiqh bukan dari Quran, ia adalah tafsiran manusia" bukan suatu kenyataan yang tidak benar. Jika kita merujuk kepada kenyataan ulama besar semasa, jelas sekali kenyataan seperi ini adalah sesuatu yang tepat, kerana perbezaan yang jelas diantara hukum fiqh dengan syariah islam.
    Saranan supaya kajian semula ke atas ilmu Fiqh telah dibicara secara meluas dalam karangan ulamak masyhur seperti Mukammad al-ghazali dan al-Qaradhwi.

    ReplyDelete
  5. Oooo die cakap secaa umum, kite komen on secara umum la.. Ko die nak terangkan kaedah ..

    ReplyDelete
  6. sis lebih percaya akai sempit depa saja.....
    baru kenai a b c pasai Islam..dah mendabik dada......
    depa nie banyak baca buku yahudi ngan orientalis yg banyak menulis mengenai Islam dgn seluruh buruk sangka......
    tidak ada golongan sis yg boleh 'menafsir' al-Quran dengan mengikut kaedah sebenar....mereka kurang mahir dlm Bahasa Arab....
    jadi, depa cuba tafsir ikut nafsu sendiri n menggunakan kaedah tadi....
    seluruh 'ilmu' berkaitan dgn penafsiran dan hadis nabawi tidak difahami mereka.......
    usah dilayan puak puak sis nie...
    cuba jadi jaguh..tapi JAHIL dan JUHALA'

    kah kah kah...........

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !