Wednesday, 6 July 2011

Mahathir Masih Tak Buat Duit Dengan Kedai Rotinya

Posted by   on

Menurut Tun Mahathir, dia menggunakan duit simpanan gajinya selama 29 tahun berkhidmat pada kerajaan untuk dijadikan modal membuka perniagaan kedai rotinya di Langkawi. Kini kedai rotinya sudah ada 4 buah, satu di Langkawi dan 3 lagi di KL.

Sudahlah masih tak dapat apa-apa pulangan lansung dari perniagaannya tersebut malah dia perlu menyuntik dana tambahan bagi memperkembangkan perniagaanya tersebut. Semuanya menggunakan wang simpanannya sendiri tanpa sedikit pun meminjam dari bank. Meminjam adalah perkara yang paling ditakuti oleh Tun M.

Orang seperti Tun M tak perlupun untuk menyara hidupnya dengan buka kedai roti. kalau nak jadi kaya raya dengan kedai roti jauh sekali, melainkan dibuka besar-besaran seluruh dunia. Itupun untuk membina rangkaian perniagaan yang besar di seluruh dunia bukanlah kerja yang mudah. Masa yang lama diperlukan untuk menjadikan ia berjaya dan menguntungkan.

Dalam kebanyakan kes sesebuah perniagaan itu akan stabil dalam masa 5 ke 7 tahun. Itu adalah proses biasa yang perlu dilalui oleh hampir semua usahawan yang tidak ada apa-apa keistimewaan dari segi keturunan dan juga kewangan.


Jika ada perniagaan yang secara tiba-tiba bermula dari tak ada apa-apa, tak sampai 3 tahun berkembang biak membuka berpuluh-puluh cawangan dengan pantas, mesti ada yang tak kena dan kebiasannya ia akan menghadapi berbagai masalah yang boleh menghancurkannya.

Berniaga dalam pasaran terbuka bukanlah satu kerja yang mudah. Pelanggan menjadi raja dan penentu kejayaan perniagaan kita. Pelanggan yang akan buat keputusan samada berbaloi membeli barangan dengan harga yang ditawarkan. Ini bermakna kita tak boleh letak harga ikut suka kita dan belasah ambil gaji dari perniagaan kita secara semberono.

Sebenarnya itulah yang semua pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk menggunakan dana wang rakyat bagi membangunkan negara perlu faham. Terutamanya mereka yang bersubahat menguruskan projek kerajaan dengan harga yang melampau berbanding dengan kualiti hasil kerja.

Dalam hal itu mereka boleh berpakat diantara pegawai dengan kontraktor bagi menentukan harga dan rakyat yang malang tak dapat berbuat apa-apa. Apa yang rakyat nampak hanyalah para pegawai yang bergaji sekitar RM2,500 atau lebih memiliki 2 atau 3 kereta mewah yang berdasarkan logik tidak mampu dibeli oleh pegawai tersebut.

Tun M mungkin memahami semua itu kerana sebelum dia berpolitik sepenuh masa dia pernah melalui pengalaman perniagaan. Malah beliau pernah menulis buku panduan perniagaan kecil pada awal tujuh puluhan dulu untuk menjadi panduan pada mereka yang mahu berkecimpung dalam perniagaan.

Walau bagaimanapun saya yakin Tun M sebenarnya lansung tidak memerlukan hasil wang dari perniagaan untuk meyara hidupnya, susah-susahpun dia boleh minta kat anaknya Mokhzani yang merupakan salah seorang warga paling kaya di negara kita.

1 comment:
Write comments
  1. Sebagai orang Islam kita sepatutnya mendoakan perniagaan orang seagama berkembang maju.Bukankah membuka kedai roti itu satu fardu kifayah utk beliau kerana tak banyak kedai roti yang di miliki oleh orang islam.Mengapa harus dengki sesama islam?

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter