Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, July 6, 2014

Kesan penyakit melalui tangan, kaki dan sendi

  Mohd Shubhi       Sunday, July 6, 2014
Kesan penyakit melalui tangan, kaki dan sendi

Berikut saya kongsikan himpunan tanda penyakit yang berkaitan dengan rasa sakit pada sendi, tangan dan juga kaki. Kadangkala kita biarkan sahaja rasa yang sakit yang timbul secara tiba-tiba tanpa mengetahui punca sebenar timbulnya rasa sakit tersebut.

Badan kita sebenarnya diciptakan Tuhan dengan keupayaan yang amat ajaib sekali. Antara keupayaannya adalah memberikan tanda-tanda atau alamt-alamat tertentu pada anggota-anggota badan apabila ada sesuatu yang tak kena.

Kesakitan sebenarnya adalah salah satu daripada tanda bahawa ada sesuatau yang tak kena pada anggota badan kita. Jika kaki terkena batu dan kita sakit disebabkan itu, kita hanya perlu rehatkan tempat kesakitan tersebut dan kurangkan bergerak agar badan dapat pulihkan masalah di situ.

Sebaliknya tanpa ada apa-apa kejadian fizikal berlaku pada diri kita, namun kesakitan datang dengan tiba-tiba, ia menunjukkan ada sesuatu masalah pada badan. Oleh itu pekalah dengan kesakitan yang datang tiba-tiba kerana ia memberikan mesej penting pada diri anda.

Janganlah bila keadaan dah jadi teruk sangat barulah nak cari punca dan cuba selesaikan masalah penaykit yang ada. Biasanya ketika itu, ianya agak terlewat jika dibandingkan tindakan awal segera sebaik sahaja kita rasa tanda-tanda jika tahu hubung kait antara sakit anggota dengan tanda penyakit.

Tanda penyakit jika sakit pada sendi

Jika anda rasa sakit dan panas pada kawasan sendi itu menunjukkan mungkin ada luka di kawasan tersebut. Itu juga merupakan petanda sakit Pirai atau Gout.

Jika anda rasa sakit tapi tak panas, itu pula adalah petanda sakit lenguh atau Rheumatism

Jika anda rasa sakit pada sendi bahagian bahu, itu menunjukkan saluran darah anda telah menjadi keras dan fungsi metabolisme badan tidak seimbang.

Tanda penyakit jika kebas tangan

Jika anda rasa kebas pada bahagian tangan, itu tandanya pengaliran darah pada bahagian atas badan tidak lancar.

Jika anda rasa kebas pada tangan kiri dan juga bahagian lengan, itu tandanya ada masalah lemah jantung atau sakit jantung. Seandainya rasa kebas itu bertukar menjadi sakit menjalar pula pada bahagian lengan dan kemudiannya kekal di situ, segeralah ke Hospital....

Anda akan diserang sakit jantung pada bila-bila masa sahaja dari situ...!

Tanda penyakit jika kebas atau sakit kaki

Mengalami rasa kebas pada bahagian kaki menunjukkan pengaliran darah pada bahagian bawah badan anda tidak lancar.

Jika sakit berlaku pada bahagian tapak kaki, biasanya ia menunjukkan anda ada masalah buah pinggang yang lemah atau disebabkan anda kurang bersenam atau juga disebabkan anda duduk terlalu lama.

Jika berlaku pula rasa sakit pada bahagian tumit kaki, ia menunjukkan ada tanda-tanda fungsi alat kelamin anda lemah. Jika ada berlau sebegitu, dapatkan bantuan segera, nanti anda akan dilanda kemurungan pula.

Masalah lemah tenaga batin juga boleh dikesan apabila anda terasa panas pada bahagian tapak kaki. Jika tapak kaki panas semacam, buat sesuatu agar anda kembali pulih kegagahan tenaga batin.

Tetapi kadangkala, rasa panas pada bahagian tapak kaki juga menunjukkan bahawa badan sedang melakukan proses penyeimbangan pada fungsi buah pinggang.

Akhir sekali, jika anda rasa gatal-gatal di celah-celah jari kaki berkemungkinan itu merupakan tanda-tanda awal kepada berlakunya penyakit kaki busuk atau Hong Kong Foot.

Demikianlah serba sedikit maklumat kesan penyakit melalui tangan, kaki dan sendi untuk maklumat para pembaca. Sila semak maklumat ini pada mereka yang lebih pakar agar anda lebih mendapat maklumat yang mendalam.


Bagi mereka yang menghadapi masalah Gout, dapatkan Rhizoplus - Penawar Gout, Resdung & Migrain Paling Mujarab untuk melegakannya segera dan sebagai alternatih rawatan jangka panjang.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kesan penyakit melalui tangan, kaki dan sendi

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Bagus juga macam ini. Dapat kesan penyakit dari awal.

    ReplyDelete
  2. Sy mengalami kebas tgn sebelah kanan,dan kebas kaki sebelah kanan.. Adakah sy mmpnyai mslh bush pinggan dan jantung

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !