Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 22, 2011

Senarai Tandas Awam Terbaik Di Amerika

  Mohd Shubhi       Saturday, October 22, 2011
Setiap kali saya ke Masjid perkara pertama yang akan saya lihat untuk mendapatkan gambaran terhadap sikap pentadbiran masjid adalah dengan masuk ke dalam tandas. Jika tandasnya bersih terurus dengan baik dan segala kerosakan diselenggara dengan sempurna maka tak perlu lagi kita tengok keadaan di dalam masjid tersebut, sudah pasti ianya juga akan baik serta sempurna.

Amat memdukacitakan sekali jika kita lihat banyak masjid mempunyai tandas yang menyedihkan keadaannya. Kerosakan tidak dibaiki, terconteng sana sini, lubang air tersumbat, paip pecah dan air meleleh, pasir tebal seinci, lumut memenuhi lantai serta dinding, berbau hapak, takung pecah, kolah berlumpur dan dipenuhi nyamuk aedes dan bermacam-macam lagi.


Tak payahlah kita berbicara tentang tandas awam kalau masjid banyak yang gagal pengurusan tandasnya. Jika tandas awam yang percuma, anjingpun tak sanggup masuk. Kadangkala tahi manusia ada bertaburan di atas singki serta lantas dan juga dinding. Ini semua merupakan gambaran sikap masyarakat kita yang tidak ada akhlak Islam.

Mari kita lihat senarai tandas awam terbaik di Amerika, bagaimana agaknya rupanya...dalam artikel tersebut mengatakan secara puratanya, kita akan berada di dalam tandas selama setahun setengah sepanjang hidup kita, jadi elok jika kita mengambil perhatian dengan keadaan tandas.

ke-2
Ke 3
Tempat pertama
 tempat pertama
Laporan asal dan tandas selanjutnya di sini
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai Tandas Awam Terbaik Di Amerika

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Inilah sihir dunia, ramai yang tak perasan, hakikatnya ia adalah istana syaithan. Amat benar Nabi S.A.W. dengan sabdanya.

    ReplyDelete
  2. gazza,
    maksud tuan Islam anjurkan agar tandas mesti kotor tidak terurus dan menjijikkan ke?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !