Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, October 14, 2013

Cara potong dan lembutkan daging

  Mat Bihi       Monday, October 14, 2013
potong dan lembutkan daging
Sumber gambar
Sempena dengan kedatangan Hari Raya Korban, tentu ramai yang tercari-cari sekali lagi bagaimana cara memotong dan melembutkan daging korban yang kita dapat.

Biasanya daging yang kita dapat itu akan disimpan di dalam peti sejuk sebelum ianya diambil semula untuk dimasak.

Jadi saya kongsikan petua di bawah berkenaan cara potongan daging lebih untuk kita buat nanti bemula esok, lusa dan selepas nya.

Selamat menyambul Hari Raya Korban dan selamat menunaikan ibadah korban. Ikuti artikel yang lalu yang disiarkan semula khas sempena hari raya korban, di bawah:

Bagaimana nak potong dan lembutkan daging

cara lembutkan dagingRaya Kurban merupakan musim orang ramai mewah dengan daging. Sudah tentu majoriti daripada orang kita sekarang punyai simpanan daging di dalam peti ais masing-masing. Elok juga kita lihat cara potong daging yang betul.

Gambar di sebelah adalah gambarajah seekor lembu dan bahagian-bahagian daging yang ada pada seekor lembu. Anda boleh klik pada gambar untuk besarkan.

Tips Cara memotong Daging

  • Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.
  • Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong.
  • Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong.

Cara Melembutkan Daging

Daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara.

Sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol dan jangan dipotong atau dikerat menjadi kecil.

Ini bagi mengekalkan kandungan air di dalamnya. Jika ia dikerat kecil daging  akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.

Melembutkan daging secara tradisi.

  • Secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo.
  • Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam.
  • Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.

teknik potong dagingCara kedua

  • Potong buah betik atau nenas.
  • Rebus bersama dengan daging hingga mendidih.
  • Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan sejuk
  • Setelah sejuk potong mengikut kegemaran masing-masing.

Melembutkan daging secara moden

  • Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih.
  • Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa.
  • Selain mengempuk, daging juga lebih terasa lemak dan enak kerana telah diserap santan didalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging iaitu dengan menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati disesetengah pasar raya.

Hilangkan Bau Daging

  • Dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa.
  • Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata.
  • Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula.
Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan sahaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara potong dan lembutkan daging

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. terima kasih ats info lembutkan daging tu tuan

    ReplyDelete
  2. dah lama tak melapah daging lembu nih..

    ReplyDelete
  3. boleh juga guna biji kurma ..dimasukkan ke dalam masakan daging .. insyallah dagingnya akan lembut ...

    ReplyDelete
  4. terima kasih...satu yg saya guna ketika rebus daging..masukkan sedikit serbuk bikarbonat utk lembutkan daging

    ReplyDelete
  5. tip musim hari raya qurban ni..ops gua dah terlepas dah

    ReplyDelete
  6. tq share tips lembutkan daging..xtau plak nenas boleh..biasa dgr betik jer..

    btw..jom lawat blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete