Thursday, October 17, 2013

Pak Din Bomoh Patah - FAQ

  Mat Bihi       Thursday, October 17, 2013
Pak Din Urut Patah
Ada beberapa artikel yang telah ditulis di dalam blog ini berkenaan Pak Din Bomoh Patah di Sg Penchala. Sehingga kini sentiasa ada saja orang masuk berkomen dengan soalan-soalan cemas ingin tahu.

Kekadang, soalan yang memang dah ada jawapanpun mereka masih bertanya, nampak sangat tak baca dek terlalu cemas, atau jenis malas nak baca supaya penulis buat dua tiga kali kerja yang sama.

Walau bagaimanapun itu semua barangkali dapat dijadikan amalan baik penulis untuk memberikan khidmat terbaik pada mereka yang memerlukan bantuan. Sabar sajalah.


Oleh kerana ramai sahta sering tanya soalan berulang-ulang berkenaan Bomoh Patah Pak Din, berikut saya buat senarai FAQ untuk semua yang ingin tahu. Bagi mereka yang anti bahasa inggeris, benci sampai tak faham bahasa inggeris, FAQ tu maknanya "soalan yang sering ditanya".

Soalan yang sering ditanya berkenaan Pak Din Bomoh Patah:
  1. Sg Penchala tu besar, apa alamat Pak Din?
    • No 131, Jln Sg Penchala Indah 5, Sg Penchala, KL.
    • Boleh pergi melalui LDP . Jika dari arah Kelana Jaya menuju ke Damansara, keluar pada exit One Utama dan rapat ke kiri untuk masuk ke Taman Tmn Tun Dr Ismail.
    • Masuk kiri melintasi flyover dan terus sehingga ke hujung jalan T-Junction. Kona kiri dan terus sehingga lampu trafik dan berhenti kalau lampu merah. Di depan anda itulah Sg Penchala. Terus ke Masjid di hadapan anda dan berhenti tanya orang Rumah Pak Din Bomoh Patah 
  2. Macam mana nak hubungi Pak Din?
    • 019-263 7674
  3. Perlu buat temu janji terlebih dahulu ke?
    • Tak perlu!
    • Cuma telefon nombor atas tu untuk pastikan Pak Din ada di rumah sebelum pergi.
  4. Pak Din ke yang sembuhkan?
    • Bukan!
    • Semuanya urusan Allah. Makhluk tak ada apa-apa kuasa jika bukan atas kehendak dan kuasa Allah. Jika nak menghayati lagi kebergantungan hanya pada Allah, tak payah datang jumpa Pak Din atau pergi hospital duduk saja kat rumah dan doa saja agar tangan yang patah lega sendiri.
  5. Pak Din urut anggota yang patah ke?
    • Tidak!, Pak Din pegang saja semasa dia baca doa sambil hembus. Tiada aksi mengurut berlaku dan tiada yang akan mengeliat kesakitan.
  6. Macam tu saja Pak Din buat?
    • Selepas itu Pak Din akan jampi pada air mineral yang kita bawa bersama. Air itu untuk kegunaan perubatan di rumah nanti.
    • Kalau rasa tak yakin, kembali pada soalan ke-4
  7. Oooo! kena bawa air mineral ke?
    • Ya!
    • Bawa sebotol besar air mineral atau apa-apa air yang boleh diminum. Tak payah bawa sampai 10 liter botol besar tu. Sebotol dah cukup sebab selepas separuh digunakan boleh tambah sendiri kat rumah.
  8. Berapa bayaran yang Pak Din kenakan?
    • Tiada bayaran khas. Nak bagipun boleh tak bagipun boleh. Pak Din tak akan kata apa-apa atau tutup pintu tak kasi balik.
    • Biasanya orang akan hadiahkan pada Pak Din bila nak balik ketika bersalam dengannya. Berapa nak bagi, ikut kemampuan dan rasa gumbira dalam hati tu.. RM20, RM30, RM50, RM100 ...RM1 juta pun boleh.
    • Berapa saja kita bagi, Pak Dian akan ambil.
    • Tapi jika nak bagi RM1 juta, mohon bagi kat saya sama dalam RM100 ribu cukup ler. Habuan iklan percuma untuk Pak Din kat sini.
  9. Pak Din boleh tahu ke samada anggota retak atau patah?
    • Tidak!
    • Tiada mesin x-ray kat rumah Pak Din dan dia tidak dilatih untuk buat dan baca laporan x-ray
    • Jadi jangan dok tanya atau cerita panjang sama Pak Din nanti dia akan cakap benda yang sama bahawa dia hanya berdoa pada Allah agar masalah pesakit diselesaikan.
    • Tak percaya?...rujuk semula soalan ke-4
  10. Macam mana nak guna air tu?
    • Pak Din akan jelaskan nanti selepas dia selesai baca doa walaupun anda tak tanya. Jadi pergi jumpa Pak Din bawa air dulu baru tanya semula.
  11. Nak bawa apa lagi selain dari air mineral ?
    • Call Pak Din tanya sendiri kalau nak benar-benar pasti. Rujuk semula soalan ke-2
  12. Siapa yang betulkan anggota yang patah tu kalau bukan Pak Din?
    • Itu urusan Allah, kalau tak percaya pergi hospital atau bomoh lain yang urut cara lain....atau rujuk semula soalan ke-4.
  13. Takkan air tu kot yang legakan patah?
    • Mungkin air yang disapu pada anggota patah tu dan yang kita minum separuh cawan yang buat kerja dari dalam. Hanya Allah saja yang tahu.
    • Apapun itu semua kuasa Allah, kalau Allah nak jadikan kucing jilat kaki patah dan terus lega, boleh saja. Kalau Allah nak jadikan simen dan masukkan besi dan skru tetap juga tak legapun boleh saja.......contoh ler!
    • Sekali lagi diulang kalau tak percaya, tak payah pergi jumpa Pak Din.
  14. Woi! tak syirik ke?
    • Kalau ada yang iktikad makhluk ada kuasa mutlak, memang syirik. Malah siapa lapar makan nasi dan bila kenyang terus yakin nasi yang mengenyangkan juga adalah syirik. Tiada sekutu bagi Allah, bagi Zat Allah dan dalam apa saja urusanNya atau dalam mana-mana sifatNya.
    • Usaha dapat pahala, bukannya menyebab sembuh. Tak nak pahala, tak payah berusaha. Rujuk semula kuliah Tauhid atau Akidah Ahlissunnah di Surau atau Masjid anda
Sekian sedikit soalan rutin berkenaan Pak Din Bomoh Patah. Jika ada lagi soalan berbangkit akan kita tambah. Jika anda ada pendapat untuk tambah soalan lain, sila berikan pendapatan anda di ruang komen di bawah.

Nota: Yang saya dok promote sangat hal Pak Din Bomoh Patah ni, ada komisyen ke?, jangan risau, Pak Din sendiri tak tau saya dok promote dirinya. Tak ada apa-apa komisyen untuk blog atau penulis di blog ini.
logoblog

Thanks for reading Pak Din Bomoh Patah - FAQ

Previous
« Prev Post

19 comments:

  1. teringat ilmu sangkal putung yang digunakan untuk mengubati orang patah tulang .

    ReplyDelete
  2. Boleh rekemen untuk adik saya ni

    ReplyDelete
  3. fuhhh dulu pernah patah kaki, urut dengan dukun patah juga.. kalau tak urut tak boleh..

    ReplyDelete
  4. tebaik bro..skang ni tok bomoh pun dah kena FAQ jugak yer..hu3

    ReplyDelete
  5. Sorrylah Bro.....! Jangan Marah aaa......., Soalan= " Pak Din boleh tak buat urutan ke... apa-apa ke.... untuk Powerkan anak burung kelicap dalam seluarr.....?! "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak marahpun...biasa ler tu..kalau nak perbetulkan anggota badan buat alingment dan mantapkan anak burung tu baca artikel ni: http://www.pendapatanda.com/2013/05/haji-man-gua-servis-barang-lelaki.html

      Delete
    2. Boleh juga taip Haji man Gua kat ruang search di atas penjuru kanan tu...baca artikel untuk pergi ke sana

      Delete
  6. tambah soalan lagi. Sg penchala tu dekat mane? keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Saya patah tebu. Tapi cara patah macam model 3D.

      Sekarang saya pakai simen bawah lutut. Adakah Pak Din bukakan sen dan urut atau sapu diluar sahaja?

      Maaf... serabut sangat bila kena langgar sampai patah kaki.

      Delete
    2. Tak kisah pergi saja dengan kaki bersimen tu...

      Delete
  7. Wow...ada jugak mcm ni yer. Belum penah dgr di mana2 nih. Apapun, setuju dgn pendapat yg mnyatakan bhw hal itu tak syirik selagi mana kita tak iktiqad dgnnya. Ramai yg masih salah paham. Thanks.

    ReplyDelete
  8. Hahaha..siap disedoakan FAQ lagu yer..hehehe...biasala bro..masing2 punya cara pembacaannya..hehe

    ReplyDelete
  9. Ada jugak dulu saya tengok di hospital..sampai doctor dah kenal pakcik tu dan faham tugas pakcik tu. Inilah dikatakan usaha..

    ReplyDelete
  10. kalau pi nak menuntut ilmu patah2 ni pun boleh kot..heheh

    ReplyDelete
  11. jangan mudha percaya pada perkara yang begini.berdosa huu..

    ReplyDelete
  12. Salam.nk tanya ada tak rawatan susulan selepas jumpa pak din.

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Kalau sendi pinggul terkeluar..kita kata dislocate lah..boleh jumpa pak din juga tak..sy dah operate sbb ada pecah kat cawan sendi pinggul tu..lepas sbln sendi tu terkeluar balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Ain Sofia,

      Itu saya tak dapat pastikan. Mungkin boleh pergi cuba jumpa Pak Din sendiri.

      Delete