Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 21, 2011

Kembara Malaysia dari Putrajaya Menuju Ke Kenaboi

  Mohd Shubhi       Monday, November 21, 2011
Perjalanan ke Kenaboi melalui Empangan Semenyih
Lagi siri kembara Malaysia masuk hutan. Sabtu 20/11/2011 baru baru ini saya bersama 3 lagi rakan berkumpul di Putrajaya untuk bersama-sama menuju ke Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan. Kami menggunakan jalan lama dari Putra jaya menuju ke Semenyih. Jalan yang melalui empangan semenyih itu menghubungkan terus Kenaboi dengan Kuala Lumpur melalui jalan lama.

Jarak perjalannya hanya dalam lingkungan 58 km daripada Ulu Langat ke Kenaboi sebab itulah ada juga di kalangan penduduk Kenaboi yang bekerja di Kuala Lumpur dengan berulang alik menggunakan motosikal melalui jalan tersebut.


Singgah sebentar di Jeram Gading
Resort
Jalan itu juga merupakan laluan utama penduduk Kenaboi mengeluarkan hasil pertanian mereka untuk di pasarkan di Kuala Lumpur.

Sampai ke Kenaboi kami singgah sebentar di Jeram Gading sebagai tititk berhimpun kedua kami selepas Putrajaya. Ada sebuah resort yang menarik di Jeram Gading tersebut yang mana di sebelahnya terdapat sebuah Jeram yang deras dan bersih airnya.

Kampung yang berdekatan dengan Jeram Gading Resort tersebut adalah kampung Chennah yang jaraknya hanya dalam lingkungan 5 minit perjalanan dengan kereta. Ia merupakan sebuah kampung kecil diduduki oleh majoriti orang Melayu.

Kami berempat pergi ke Kampung Chennah untuk bersarapan. Dengar kata ada sebuah kedai nasi lemak yang terkenal di kampung Chennah itu yang sentiasa dipenuhi oleh penduduk. Malang bagi kami hari itu nasi lemak berhantu itu telah habis.

Kedai nasi lemak kampung Chennah
Selesai bersarapan kami bertolak merentas Kenaboi untuk menuju ke Lata Kijang, sebuah kawasan air terjun yang tinggi yang jarak perjalanannya mengambil masa satu jam dari Kampoung Chennah atau Jeram Gading.

Perjalanan ke Lata Kijang akan merentasi beberapa perkampungan orang asli yang sudahpun menyesuaikan diri mereka dengan tinggal di rumah batu atau papan lengkap dengan kemudahan letrik. Mereka kebanyakannya menoreh getah untuk menyara kehidupan.

Jalan sedang dinaikkan taraf di Kenaboi. Kami mengambil
ini untuk masuk ke dalam kawasan air terjun Lata Kijang
Sebenarnya Kenaboi merupakan satu kawasan menarik untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan kepada mereka yang gemarkan suasana alam sekitar dan juga aktiviti lasak.

Bagi mereka yang mahu ke sana di nasihatkan untuk menaiki kenderaan 4x4 lebih-lebih lagi jika mahu meredah hutan menuju ke Lata Kijang.

Saya akan masukkan banyak lagi koleksi gambar sepanjang perjalanan ke Lata Kijang selepas ini Anda Anda boleh lihat koleksi gambar di sini, termasuklah gambar air terjun yang merupakan satu fenomena bagi saya melihat betapa tingginya air yang terjun jatuh dari atas bukit yang tinggi menuju ke bawah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kembara Malaysia dari Putrajaya Menuju Ke Kenaboi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !