Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 10, 2011

Adakah Tikus Akan Tolong Rakannya Yang Terperangkap?

  Mohd Shubhi       Saturday, December 10, 2011
Kajian ke atas tikus mendedahkan satu penemuan yang menarik yang mana ia menggambarkan seolah-olah tikus dapat merasakan kawannya sedang dalam kesusahan dan akan berusaha menolongnya.

Dalam kajian 2 ekor tikus yang saling mengenali di biarkan seekor berada di dalam kurungan manakala seekor lagi di kurung dalam sebuah sangkar. Pemerhatian menunjukkan tikus yang diluar sentiasa berusaha berbuat sesuatu bagi melepaskan kawannya yang terperangkap tersebut walaupun beberapa keping cokelat diletakkan berhampiran.

Tikus akan berusaha melepaskan kawannya sebelum sama-sama berkongsi makanan yang terdapat di situ. Saintis masih tidak dapat menerangkan apa yang sebanarnya dialami oleh tikus, tetapi ia adalah sesuatu yang amat menarik untuk dikaji.

Baca laporannya di sini
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah Tikus Akan Tolong Rakannya Yang Terperangkap?

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !