Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, December 5, 2011

Projek Parkir Bertingkat Gagal, Lim Guan Eng Perlu Bertanggungjawab - Ng Yen Yen

  Mohd Shubhi       Monday, December 5, 2011
Bangunan parkir bertingkat bernilai RM15 juta yang dibina di kaki Bukit Bendera, Pulau Pinang terpaksa di musnahkan apabila projek tersebut gagal mendapatkan sijil pendudukan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa keseluruhan bangunan tersebut akan diruntuhkan, di rancang dan direkabentuk semua untuk dibina sebuah bangunan yang baru. 

Panel penyiasat yang mengaudit projek tersebut mendapati Arkitek dan juga Consultant kepada projek parkir itu bertanggung jawab terhadap kelemahan rekabentuk serta pembinaan bangunan.


Untuk membina semula bangunan parkir baru, kos sebanyak lebih daripada RM5.5 juta diperlukan dan dijangkan ia akan mengambil masa selama 15 bulan untuk siap.

Perbelanjaan projek bangunan parkit tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan di bawah Menterinya Ng Yen Yen. Projek itu di serahkan kepada PDC sebagai badan yang mengurus dan mengendalikan urusan pembinaan bangunan tersebut di mana Lim Guan Eng merupakan pengerusi kepada PDC.

Agak menghairankan juga bagaimana kesilapan dan pembaziran sebegitu boleh terjadi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang. Biasanya PDC amat terperinci dalam urusan pemberian tender dan menapis semua kontraktor agar benar-benar berkelayakan.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan pembinaan tersebut kerana amat menghairankan setelah keseluruhan bangunan siap dibina barulah di dapati ianya tidak selamat untuk digunakan, kenapa tak boleh dikesan dari awal?...mungkin mereka yang mahir dalam selok belok bangunan ada jawapannya. Sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Projek Parkir Bertingkat Gagal, Lim Guan Eng Perlu Bertanggungjawab - Ng Yen Yen

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !