Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 13, 2012

Apa kesan penggunaan komputer berlebihan pada kita?

  Mohd Shubhi       Monday, February 13, 2012

  • Kajian menunjukkan 55% daripada komunikasi antara dua orang manusia berlaku tanpa perkataan. Contohnya nada sebutan, mimik muka dan sebagainya.
  • Penggunaan komputer berlebihan mengakibatkan sistem jalinan neural diri kita berubah.
  • Akibatnya kita akan kehilangan daya memahami perasaan orang dan akan menjadi lemah dalam pergaulan sesama manusia.
  • Mereka yang berlebihan menggunakan komputer saban hari seperti seorang blogger tegar atau seorang kaki FB atau seorang pelayar internet tegar amat tidak berharga dalam bidang jualan dan perhubungan awam.
  • Pengalaman saya sendiri sejak berkecimpung dalam dunia blog ini membuktikan kebenaran kajian yang dinyatakan diatas. Kemahuan untuk berinteraksi dan bersosial menjadi sedikit berkurang.
  • Masalah lain yang timbul adalah kesukaran untuk meninggalkan dunia blogging dan mendisiplinkan diri agar hanya sekali sekala sahaja mengadap komputer.
  • Nasihat berguna kepada semua adalah limitkan masa anda berada di depan komputer dan banyak masa anda membuat tugasan berinteraksi dengan manusia. Mungkin berbual kosong dengan kawan-kawan di kedai kopi adalah lebih berfaedah untuk mengasah kemahiran berinteraksi anda.
Sumber daripada Harvard Business Review
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa kesan penggunaan komputer berlebihan pada kita?

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !