Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 18, 2012

Adakah orang bijak biasanya hodoh?

  Mohd Shubhi       Sunday, March 18, 2012

Ahli falsafah Perancis, Jean-Paul Sartre, 1957
  • Ayat biasa yang kita dengar adalah 'orang bijak biasanya mempunyai rupa yang hodoh dan tidak menarik'. Saya biasa mempunyai persepsi sebegini sejak zaman remaja dulu lagi dan tidak pernah memikirkan samada ia benar atau tidak.
  • Ayat tersebut membawa kepada persoalan samada adakah kebijaksanaan mempunyai hubungkait yang rapat dengan rupa paras. Bolehkah kita meneka kebijaksanaan seseorang itu dengan melihat rupa parasnya sahaja.
  • Banyak kajian telah dibuat untuk melihat hubungkait antara rupa paras seseorang dengan tahap kecerdikannya dan setakat ini tidak ada lagi satu konklusi yang jitu yang dapat mengaitkan apa-apa hubungan terhadap cerdik dan hodoh.
  • Jadi kenapa kita membawa kepercayaan serta persepsi orang bijak rupanya hodoh?. Berkemungkinan ia disebabkan oleh senarai manusia yang bijak di dunia barat seperti Socrates, Jean-Paul Sartre, Abraham Lincoln, Ludwig Van Beethoven dan lain-lain diketahui sebagai manusia yang berupa hodoh.
  • Daripada kajian sebenarnya ada orang bijak yang hodoh dan ada juga orang bijak yang menawan. malah ada juga orang yang menawan tetapi bodoh dan lebih teruk lagi ada juga orang yang hodoh dan dalam masa yang sama amat bodoh. Jadi semuanya boleh berlaku.
  • Cuba lihat rupa anda, rupa kawan-kawan anda dan lain-lain, dapatkan anda membuat rumusan hubungan antara rupa dan kecerdikan?
  • Saya telah melihat diri saya di depan cermin dan juga bertanyakan orang lain dan rumusannya adalah saya dalam kategori orang yang menawan dan lebih mengembirakan lagi saya juga amat bijak...hehehe
  • Baca tulisan menarik mengenai tajuk ini di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah orang bijak biasanya hodoh?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !