Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 16, 2012

Apakah industri yang paling teruk merosot zaman ini...?

  Mohd Shubhi       Friday, March 16, 2012

  • Zaman berlalu dan suasana berubah termasuklah cara manusia menjalankan perniagaan. Banyak industri atau produk yang telah tenggelam ditelan kemajuan dan banyak pula yang muncul menggantikan yang lama. Benar kata bidalan 'yang patah tumbuh yang hilang berganti'.
  • Dalan satu bancian di Amerika industri yang paling teruk merosot dan mengecil adalah industri suratkhabar dengan kuncupan lebih daripada 20% sejak tahun 2007.
  • Industri yang paling berkembang maju adalah industri yang ada hubungkait dengan alam sekitar dan penggunaan semula tenaga dengan pertumbuhan sebanyak 50% !.
  • Industri peruncitan yang selama ini menyumbangkan paling banyak peluang kerja juga menyaksikan penguncupan sebanyak 15.5%.
  • Banyak lagi maklumat tentang perkembangan serta penguncupan industri dalam laporan di sini.
  • Apakah yang perlu kita ambil iktibar daripada laporan tersebut:
    • Apa yang berlaku di Amerika lambat laun akan melanda negara kita juga dalam dunia yang sudah semakin hilang sempadan ini.
    • Daripada trend tersebut kita boleh membuat perancangan terhadap pendidikan anak-anak kita agar tidak ketinggalan dan mampu menjadi lebih dikehendaki pada masa hadapan.
    • Kita juga boleh menjadikannya sebagai panduan dalam bidang perniagaan yang bakal kita ceburi atau merangka semula arah tuju pembinaan perniagaan yang sedang kita lakukan.
    • Kita juga boleh menjadikan senarai tersebut sebagai panduan untuk kita menilai perancangan yang sedang dilakukan oleh kerajaan samada bersesuai dengan apa yang berlaku di dunia perniagaan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apakah industri yang paling teruk merosot zaman ini...?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !