Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, May 28, 2012

Anda perlu satu perkara saja untuk berjaya dalam apa saja!

  Mat Bihi       Monday, May 28, 2012
Siapa yang tak mahukan kejayaan dalam kerjaya, dalam perhubungan rumah tangga, dalam kewangan, dalam kesihatan, dalam masyarakat, dalam mendidik anak-anak, dalam perniagaan, dalam sukan, dalam pelajaran, dalam agama dan lain-lain lagi. Masalahnya adalah, apakah formula yang paling mudah untuk pastikan kita mengecapi kejayaan dalam segala lapangan yang kita ceburi.

Berdasarkan sebnyak 200 kajian demi kajian yang dilakukan secara saintifik dan juga hasil daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap 275,000 orang. Pakar mendapati manusia hanya memerlukan satu formula sahaja untuk mengecapi kejayaan.

"Bahagia"

Ya!, anda hanya memerlukan kebahagian untuk pastikan anda menempah kejayaan. Seorang CEO yang bahagia dengan kerjayanya didapati lebih berjaya dalam kariernya. Seorang ayah atau ibu yang bahagia didapati lebih berjaya mendidik anak-anaknya. Seorang usahawan yang bahagia didapati lebih berjaya dalam perniagaannya dan begitulah seterusnya.

Tetapi malangnya kebanyakan daripada kita percaya yang kita akan lebih bahagia jika perniagaan kita berjaya, kita percaya akan lebih bahagia jika kita banyak duit, kita akan menjadi bahagia jika kita tidak banyak melakukan kesilapan, kita akan lebih bahagia jika kita jarang berhaduh dengan pasangan kita, kita akan lebih bahagia jika anak-anak kita mendengar cakap kita dan berbagai-bagai lagi syarat yang kita letakkan untuk menjadi bahagia.

Oleh itu, pastikan anda bahagia terlebih dahulu untuk mendapatkan apa yang anda impikan. Dalam erti kata lain anda perlu bersangka baik dan redho dengan segala apa yang anda ada sekarang untuk mendapatkan lebih banyak lagi kejayaan. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan berikan pada kamu, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat untuk kamu!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda perlu satu perkara saja untuk berjaya dalam apa saja!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment