Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 24, 2012

Perbaiki diri anda dalam satu bidang membuatkan anda hebat di semua bidang!

  Mohd Shubhi       Thursday, May 24, 2012

  • Mereka yang menyertai program kecergasan menjadi lebih cergas, mereka yang menyertai program perancangan kewangan mampu menyimpan wang, mereka yang mengikuti kelas pembelajaran lebih rajin membuat latihan. Begitulah faedahnya jika kita mengikuti sesuatu program bagi memperbaiki diri kita di dalam sesuatu bidang.
  • Tetapi ia bukan sekadar itu sahaja, anda bukan sekadar memperbaiki bidang yang anda ikuti programnya malah kajian menunjukkan mereka yang menyertai satu program membaiki sesuatu bidang sebenarnya berjaya membaiki dirinya di dalam kesemua bidang yang lain. Dalam ertikata lain kehidupan anda serta disiplin anda berubah menjadi lebih hebat dalam semua segi.
  • Sebagai contohnya, mereka yang mengikuti program fitness selain daripada berjaya menjadi cergas, mereka juga didapati mengurangkan tabiat buruk mereka seperti merokok dan minum minuman beralkohol.
  • Mereka juga didapati rajin berkemas bagi memastikan rumah mereka sentiasa bersih. Mereka juga mula rajin membasuh pinggan sebaik saja selesai menggunakannya dan tidak meninggalkannya tersadai di dalam sinki. Mereka makin kurang menagguhkan kerja, mereka juga lebih suka menghabiskan kerja daripada menonton tv dan mereka juga kurang membuang masa melepak dengan rakan-rakan.
  • Oleh itu, jika anda mahu diri anda atau pasangan anda atau anak-anak anda membuat perubahan hidup yang lebih baik, anda hanya perlu menghantarnya menyertai satu sahaja program yang digemarinya, insyallah dia akan berubah di semua lapangan lain.
  • Kalau nak tahu lebih lanjut, sila baca buku: "Willpower: Rediscovering the Greatest Human Strength"
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perbaiki diri anda dalam satu bidang membuatkan anda hebat di semua bidang!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !