Jas duit

Jasduit - Just do it !

Sunday, June 10, 2012

Restoran Kapitan Pulau Pinang

  Mat Bihi       Sunday, June 10, 2012

Dah agak lama aku tak kemaskinikan blog ini. Bukan sebab tak ada gambar baru yang diambil, banyak sebenarnya sampai aku tak sempat untuk proses gambar-gambar tersebut untuk dipamerkan pada blog hobi aku ini.

Kali ini aku sengaja nak paparkan perjalanan aku ke Pulau Pinang bulan lepas untuk urusan perniagaan. Aku bersama dengan seorang kawan lagi bertolak dari KL dalam pukul 4 petang dan terus menuju ke Pulau Pinang walaupun destinasi sebenar kami adalah di Seberang Perai.

Di Pulau Pinang kami terus dapatkan seorang rakan yang tinggal di Gelugor. Sebab janji dengan rakan itulah kami terus menuju ke Pulau Pinang menyeberangi jambatan, semata-mata untuk makan di Restoran Kapitan, dan yang paling best adalah kawan aku yang nak belanja...murah rezki dia.

Di restoran Kapitan tersebut makanan yang aku suka sekali adalah menu yang mereka namakan sebagai Chicken Melani. Minumannya pula aku pilih susu kambing badam, sejenis susu kambing yang di masak dalam kuali bersama beberapa ramuan istimewa termasuklah kismis dan badam. Kawan-kawan aku kata Roti Nan Tandori dia paling sedap di Pulau Pinang tapi aku tak pernah rasa sebab, Chicken Melani tu tak ada di tempat lain. Mungkin lepas ni, kalau berpeluang ke sana lagi aku pekena Chicken Melani Pulak.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Restoran Kapitan Pulau Pinang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment