Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 4, 2012

Ronda ke Langkawi balik hari

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 4, 2012
Aku pergi ke Langkawi bersama dengan beberapa orang kawan bulan sudah atas urusan bizness. Urusan bizness tu lebih kepada angan-angan yang masih tak tahu kepala ekor, tapi memandangkan aku jenis orang yang terbuka fikiran yang bersedia untuk merebut apa-apa saja peluang asalkan kosnya tak seberapa dan masih sanggup aku tanggung, aku pergilah juga. Trip hari tu aku bawa bersama kawan yang cekap pasal selok belok hartanah. Aku bawa sekali seorang lawyer yang juga cekap berkenaan dengan urusan pembangunan hartanah. Selebihnya aku anggap macam makan angin sahaja sambil menenangkan fikiran kalau-kalau terpancul idea baru bagi mengukuhkan lagi ekonomi syarikat serta diri aku.

Kami bertolak dari KL petang dalam pukul 5 dan sampai ke tol Juru dah magrib, terus ke Pulau Pinang untuk makan bersama dengan kawan-kawan dari Gelugor dan juga Balik Pulau. Sasaran kami malm itu adalah ke Restoran Kapitan yang gambarnya aku dah pos sebelum ini. Kami belasah Chicken Melani dan juga Roti Nun. Sedapnya tak payah nak cerita. memang benar-benar menambahkan lemak apalagi di tambah dengan minuman susu kambing dicampur Badam, ceritapun tak guna. Kawan aku belanja semua sebab dah lama tak jumpa dengan dia dan memang dia ada janji nak belanjapun. Kawan aku tu memang jenis suka belanja orang sebab tu rezkinya murah, tak janjipun dia juga yang sering belanja. Aku harap dia mendapat kebaikan yang setara daripada akhlak terpujinya itu.

Keesokannya aku bertolak terus ke Kuala Perlis bersama dengan kawan yang belanja makan malam tadi. Kawan lawyer tu pergi naik Kapal Terbang terus dari KL ke Langkawi. Dalam perjalanan kami singgah di Alor Setar jumpa dengan seorang kawan atau lebih betul dipanggil abang yang aku berikan kereta Volvo aku padanya. Dia update status perniagaannya pada aku. Terbeliak jugak mata aku dengar cerita dia sedang usahakan perniagaan proses ubikayu bernilai RM2 Billion. Itu projek kaya seumur hidup tu!. Dengar cerita ada kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Apapun aku harap dia berjaya. Lepas jumpa dia kami terus ke Kuala Perlis dan naik feri pukul 4 petang. Sampai sana jumpaa dengan orang yang aku nak jumpa dan bincang sekejap dan kami terpaksa bergegas balik naik feri pukul 7 petang sebab itu feri yang terakhir. Macam tak percaya pulak kami bersusah payah turun dari KL dan pergi Langkawi sekadar tak sampai 3 jam. Itulah cabarannya. Lekas pantas bergegas dan lega...habis duit...hahaha.











logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ronda ke Langkawi balik hari

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !