Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, August 3, 2012

Uniknya Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang

  Mohd Shubhi       Friday, August 3, 2012
Kali pertama aku solat di Masjid Kapitan keling ni ketika aku sekolah rendah dulu. Aku ikut abang beli baju raya di Tanjung. masa tu abang sulong aku tunggak utama keluarga. Sehabis saja sekolah dia terus kerja dan menyara seluruh keluarga kami. Pengorbanannya terlalu besar dan aku tentu ingat jasa besar dia sampai aku mati. Masa tu dia kerja di Radio malaysia Pulau Pinang. Kesemua gajinya dia gunakan untuk menyara ibu, aku, 2 abang dan adik serta segala keperluan keluarga kami.

Masatu tu abang aku bawa solat jumaat di masjid Kapitan Keling dan ketika khutbah puas aku perembang apa khatib cakap, teliti punya teliti tapi aku tak paham, cuma ayat-ayat Quran saja yang aku dengan. Rupanya khatib berkhutbah dalam bahasa Tamil, patutlah aku tak paham! Aku dapat tahu khutbah diadakan dalam bahasa Tamil dan bahasa Melayu berselang seli secara mingguan.

Kebetulan pada hari aku solat Jumaat itu abang akau ada tunjukkan pada aku Kasim Ahmad. Dia juga solat di situ pada hari tersebut. Aku biasa dengar nama Kassim Ahmad, seorang pemikir yang kontroversi di negara kita yang menolak Hadith. Antara hadith yang dipertikaikan olehnya adalah terlalu banyaknya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Ia termasuklah hadith larangan berkata-kata ketika khatib membaca khutbah. Mungkin sebab itu Pak Kassim pergi dengar khutbah dalam bahasa Tamil, pada muka lansung tak paham.
 Masjid Kapitan keling ni unik sebab setiap waktu sebelum atau selepas zohor akan ada ramai orang India Muslim yang pergi tidur kat Masjid tersebut. Mungkin mereka amalkan sunnah tidur sebentar pada waktu itu. Sekarang ni Masjid itu ada letak karpet pada ruang solatnya. Tapi unik sikit sebab ada notis tertampal menyuruh orang memijak pada karpet dan sujud pada tempat kosong lantai mar-mar yang tak berkarpet. Biasanya kita akan letakkan kaki pada ruang tak ada karpet dan sujud pada ruang berkarpet, tapi tidak di Masjid Kapitan Keling ini.
 Masjid ini dibina oleh seorang saudagar India Muslim yang amat kaya pada zaman British. Kayanya Kapitan Keling pada masa itu sehingga Mat Salleh pun jadi kuli dia. Tentu banyak ganjarannya menyumbang pada pembinaan Masjid tersebut. Ada kubur di sebelah Masjid. Kubur lama mungkin bekas bersemadinya tuan atau pengasas masjid itu. Aku tak yanya pulak pada orang di situ.

Kedai berwarna biru kehijauan di atas unik membuatkan aku rakamkan gambarnya. Melihat pada warnanya biasanya mesti dipunyai oleh orang India. Tapi aku tak pasti samada India atau Cina taukehnya. Kemungkinan untuk dipunyai oleh Melayu aku rasa amat jauh sekali.
Ini gambar sebelah depan Masjid. Di sebelah kanan ada deretan kedai dan kedai sebelah Masjid itu sekarang terkenal dengan nasi beratur. Dia mula berniaga nasi kandar pada pukul 9 malam dan pada masa tu ramai yang akan beratur untuk makan nasi kandar panas-panas.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Uniknya Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. ana syok dengaq cerita anta, perkataan seperti kacang parpu, dalca, tanjung dan anta tak pernah sebut pasai BAGAN.., dah lama tak dengaq perkataan itu dan teringat nostalgia lama. Anta bagi semangat kepada ana untuk mendokumentasikan gambar sebagai satu jalan cerita yang tidak jemu. ada gambaq dan ada cerita..hebat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak Teh sebab sudi berkunjung mai kat sini. Pak Teh tentu orang utara nih!, Bagan tu kampung lama rumah Tok Saya dulu. Tak perasan pulak samada saya ada buat cerita pasai Bagan. Insyallah bila ada kesempatan boleh pi ronda di sekitar bagan pulak terutamanya bagan Dalam

      Delete
  2. Salam. Terima kasih kerana menyiarkan artikel tentang masjid kapitan keling. saya adalah piut kepada noordin iaitu adik kepada kapitan keling. mereka sebenarnya berasal dari turki dan kemudian tinggal di india. mungkin atas urusan perniagaan.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !