Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, October 7, 2012

Awas blogger!, anda mungkin sakit jiwa!

  Mohd Shubhi       Sunday, October 7, 2012
Berapa lama masa yang anda ambil setiap hari untuk menghadap di depan komputer? Kalau dikira secara logik, kebanyakan blogger politik yang berada diranking tinggi kerana punyai trafik yang ramai berkemungkinan menghadap di depan komputer sehari suntuk setiap hari.

Bayangkan jumlah posting yang mereka lakukan sehari kebiasannya mencecah antara 8 ke 10 artikel. Hampir kesemuanya adalah laporan yang di 'cut&paste' daripada portal berita lain terutamanya dari Malaysia kini, The malaysian Insider, Harakah Daily, dan lain-lain sumber berita di negara dan juga luar negara.

Untuk memungkinkan mereka melakukan kesemua itu, masa yang agak lama perlu diperuntukkan kepada melayari internet dan membaca hampir kesemua laporan terkini yang keluar daripada sumber berita di portal-portal berita yang ada.


Masa juga diperlukan untuk menapis berita-berita yang menarik yang ingin didengar atau dibaca oleh pembaca yang ketagihan politik. Jika anda dipihak kerajaan, berita yang menjatuhkan pembangkang akan menjadi pilihan, manakala jika dipihak pembangkang berita yang menjatuhkan kerajaan menjadi pilihan.

Para blogger yang saya gambarkan di atas perlu berfikir sejenak samada anda terlupa untuk makan, membina peningkatan diri, mencari makan, bertukar-tukar fikiran dengan kawan, keluarga, masyarakat dan lain-lain. Jika anda sering terlupa dan tidak dapat mengawal rasa marah jika anda diganggu...anda berada di dalam bahaya!!!

Masalah ketagihan internet telah dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam senarai sakit otak atau ringkasnya "GILA". Dalam kes kanak-kanak, gejala tersebut tidak dapat dinafikan lagi. Kanak-kanak didapati mengamuk naik angin jika peralatan internet atau mainan elektronik mereka diambil. Itu merupakan salah satu gejala sakit otak.

Ada kejadian kanak-kanak atau remaja yang mati kerana terlupa makan dan berehat kerana asyik main komputer. Ada juga kanak-kanak yang menembak mati ayahnya yang merampas permainan komputer mereka.

Dalam kes orang dewasa pula, ada pasangan suami isteri telah bermain komputer selama 40 jam sehingga menyebabkan bayi mereka meninggal dunia kelapara dan kelemasan. Mereka sebenarnya telah dirasuk komputer dan menjadi gila kerana asyik dengan mainan tersebut.

Baca laporan beritanya di sini.

Kita perlu menghadkan masa yang tetap dan berdisiplin jangan sampai terlajak dalam melayari internet atau melakukan apa saja di depan komputer. Banyak lagi perkara penting lain selain daripada cuba menjadi tukang penapis cerita dan berita politik untuk tatapan pembaca.

Portal berita seperti Malaysia Kini, harakah Daily, Utusan, Malay mail, Sin Chew Jit Po dan lain-lain mempunyai ramai wartawan dan penyumbang artikel untuk menjayakan porta berita mereka. janganlah kita pula mengorbankan diri menjadi kaki kutip berita, cut&paste dari berbagai sumber semata-mata untuk memuaskan hati kita sendiri yang seronok melihat trafik yang tinggi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Awas blogger!, anda mungkin sakit jiwa!

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !