Monday, October 8, 2012

Saiz ikan mengecil: Perhatian Peminat Ikan!

  Mat Bihi       Monday, October 8, 2012
Kajain mendapati saiz ikan di dalam laut seluruh dunia semakin mengecil. Pengecutannya bakal mencapai sehingga 20% dalam tempoh sehingga pertengahan abad ini. Kepada mereka yang gemar makan ikan, ini berita tak baik untuk anda kerana jumlah keperluan protein untuk anda bakal menguncup sebanyak 20%.

Pakar melatakkan punca kepada pengecilan saiz ikan di seluruh dunia ini pada fenomena pemanasan air laut di seluruh dunia. Keadaan air yang panas mengandungi jumlah oksigen yang kurang berbanding air yang sejuk.

Akibat kekurangan jumlah aksigen di dalam air, badan ikan yang besar tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup untuk membesar. Akibatnya pembesaran ikan akan terbantut dalam jangka panjang.


Kawasan yang paling teruk menimpa masalah pengecilan saiz ikan ini adalah di kawasan Lautan Pasifik di mana saiz ikan dijangka mengecil sebanyak 24%.

Ikan-ikan yang besar juga dijangka akan mula berpindah ke kawasan lain yang lebih sejuk di muka bumi ini. Ini menyaksikan perubahan bekalan makanan di seluruh dunia di mana taburan ikan-ikan di sekitar laut akan mula berubah.

Baca maklumatnya di sini
logoblog

Thanks for reading Saiz ikan mengecil: Perhatian Peminat Ikan!

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS

    ReplyDelete