Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, December 30, 2012

Untuk tatapan penyumbang Maahad Tahfiz Tg Karang

  Mohd Shubhi       Sunday, December 30, 2012
Hari pertama kami melihat keadaan surau dan sekolah Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip, terasa berat untuk menjayakan semula Maahad yang telah mati akibat bencana kebakaran yang telah melanda. Ini memandangkan proses untuk memulihkannya agak panjang iaitu:

Rupa asal surau
  • Cari duit atau dana bagi memulihkan bangunan:
    • Surau - Kos RM30,000 ++
    • Sekolah - Kos RM150,000 ++
  • Cari kontraktor yang sanggup buat kerja berkualiti dengan harga yang rendah.
  • Cari kontraktor untuk membuat semula segala pendawaian elektrik
  • Mengejar masa agar surau siap dipulihkan pada bula December 2012 agar dapat digunakan pada bulan Januari 2013
  • Membuat aktiviti pemasaran mendapatkan pelajar, pengajar dan dana bagi menaja pelajar.
Namun dengan usaha semua yang terlibat dan sumbangan daripada pembaca blog dan kawan-kawan, maka terlaksana sudah satu tapak bagi memulihkan semuala Maahad Tahfiz tersebut.

Dalam kemalasan menulis blog dengan isu-isu politik sekarang ini dan berhasrat untuk merundur saja daripada aktiviti blogging politik, nampaknya masih ada guna gunannya blog ini.

Ia masih boleh dijadikan landasan bagi penulis berbuat khidmat bakti pada masyarakat dengan menghidupkan semula usaha agama dengan tindakan dan bukannya hanya bercakap.

Berikut di bawah saya paparkan perbezaan surau daripada keadaan asalnya berbanding sekarang untuk tatapan semua. Kini segala usaha sedang giat dijalankan untuk mengisi pelajar pertama yang kami sasarkan seramai 20 orang sahaja.

Jumlah pelajar yang akan mendaftar pada Januari 2013 kini hanya seramai:
  • 6 orang daripada usaha promosi, iklan dan temuduga.
  • 4 orang akan diambil daripada anak yatim
  • 10 orang masih kosong....
Bagi mereka yang ada anak, kenal mereka yang ada anak dan mahukan anak mereka belajar disekolah Tahfiz ini boleh hubungi pihak pendidikan tahfiz di sini untuk maklumat lanjut.

Kawasannya dipenghujung kampung yang dikelilingi sawah padi cukup sesuai untuk belajar agama. Di situ ada kedamaian dan udaranya masih segar dan nyaman.

Walau bagaimanapun cabaran masih belum berakhir kerana bangunan asal sekolah masih perlu dipulihkan dengan kos yang tinggi, iaitu RM150,000 ++.. Jika ada yang diberikan hidayah oleh Allah untuk mengirim dan menyimpan harta atau wangnya di akhirat melalui menyumbang pembinaan dan seterusnya membesarkan Maahad ini, bolehlah masukkan derma anda di akaun ini. Jangan lupa sms ke 019-226 0807 jika anda telah masukkan sumbangan.



Rupa terbaru!


Solat pertama setelah siap baik pulih...!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Untuk tatapan penyumbang Maahad Tahfiz Tg Karang

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya tergerak menyumbang utk tahfiz tsb adalah hasil tulisan saudara di blog ini. Sila teruskan usaha2 saudara. Semoga setiap sumbangan yang dikirimkan kepada tahfiz tsb akan membawa ganjaran setimpal kpd tuan sebagaimana yang Allah janjikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Terima kasih. Terharu saya dengan komen yang menyuntikan semangat dari saudara/i.

      Insyallah usaha akan diteruskan. Doakan agar saya dan kawan-kawan lain dikurniakan kekuatan tanpa henti sehinggalah kami pejam mata meninggalkan dunia yang fana ini.

      Jazakallahu Qairan Kasiran.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !