Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 26, 2013

Makan malam PRU-13

  Anonyme       Sunday, May 26, 2013
 Ini lanjutan dari posting sebelum ini. Jamuan sempena hari guru untuk para guru di Pasti An-Nur bermula dengan semua yang akan hadir berkumpul beramai-ramai di Surau An-Nur. Selepas solat insya aku pergi ambil anak-anak untuk dibawa bersama makan malam di Putra Height.

Selepas itu aku ke Surau semula untuk berkumpul. Sambil menunggu yang lain datang, kami melepak sebentar di kerusi depan surau. Anak bini semunya ada dalam kereta, cuma para bapak saja keluar berbual. Seperti mana yang aku dah agak, tak ada tajuk lain yang dibincangkan selain daripada ulasan keputusan PRU 13.

Aku dengar saja dan tidak mahu buat apa-apa komen kerana aku rasa dah jemu berkomen dan berkomen dan mengulas dan mengulas benda yang sama saban waktu, saban hari, saban minggu saban bulan saban, tahun saban....cerita yang sama dibincangkan sejak 1999, sejak itu aku mula ambil tahu hal ehwal politik secara serius.

Sambil mereka mengulas aku perhatikan masing-masing punya kelaku. Selain daripada mengulas pembohongan dalam pilihanraya yang aku rasa semuanya adalah berdasarkan sebaran maklumat melalui FB, yang mengulas dan berbahas tak henti-henti memberikan tumpuan pada perkembangan di paparan skrin telefon pintar mereka...ya tak ada orang yang terlepas dari diikat oleh telefon pintar dalam dunia moden ini.

Telefon yang pintar tersebut telah menjadikan ramai yang pintar tidak memberikan tumpuan pada orang yang ada di depan mata mereka. Sebaliknya orang yang ada di sebalik skrin telefon itulah yang diberikan tumpuan. Begitu juga perkara sama berlaku nun di sebelah sana.

Barangkali semua atau hampir semua orang yang berada di dalam kumpulan masing-masing, hanya hadir secara fizikal saja bersama kawan-kawan, mata dan otak mereka melekat pada skrin telefon pintar melayan orang yang tak ada bersama.

Pelik dunia sekarang ini kan? kita bersosial dengan orang jauh yang entah di man-mana, dan kita buat tak endah dengan orang depan kita. Aku nampak macam satu aksi biadab diamalkan oleh ramai orang kita sekarang ini. Mulut nampak macam nak berbual dengan kita, mata pulak asyik fokus pada skrin.

Kadang kadang aku rasa macam nak rampas benda haram tu dan campak ke lantai lalu dipijak hingga hancur berkecai. Benda pintar itu telah membuatkan ramai orang jadi kurang ajar dan tidak melayan manusia macam manusia.

Selepas semuanya datang dengan kereta masing-masing, kami bertolak ke restoran yang serba hijau di Putra Height. Monta maaf sebab aku tak ingat nama restoran itu dan tak ada orang nak bagi tahu aku restoran tu nama apa dan aku tak perduli pulak. Yang aku ingat kedai itu peniuh dengan warna hijau.

Sampai di restoran aku duduk ditempat yang disediakan. Aku uruskan anak-anak untuk duduk dengan aku agar senang nak kawal. Sementara itu geng bapak duduk berkumpul satu meja. Sekali lagi, tajuk utama adalah tentang pilihanraya umum ke 13. Ulasan lagi dan perbahasan lagi dan sekali lagi PRU-13 adalah satu tipudaya.....

Kemudian aku berbual pulak dengan sekeluarga kawan dan tajuknya masih tentang pru-13. Tapi kali ini aku yang buat ulasan tanpa henti. Aku pulak terikut-ikut dengan ulasan demi ulasan dan mencerita segala pengalaman aku jadi pemerhati pada PRU 13....sedar-sedar aku dah hilang kawalan untuk berhenti bercakap. Sebab itu aku tak mau mula...susah nak berhenti.

Oklah, kali ini aku paparkan gambar makan dan minum malam itu. Serba sederhana saja tapi meriah. makanannya banyak sampai aku bawa bekal balik. Tapi tak seronok sangat nak cakap kat sini bahawa rasa makanan kat kedai tu kurang memberansnagkan.

Western food dia tak sedap, sos pun tak sedap, satay pun tak sedap. Biasa saja dan boleh dimakan. Tapi ringkasnya makanan kat kedai tu tak ada umph!!! kalau lapar boleh makan, tapi kalau nak sedap cari kedai lain....lain kali la!!!

Alu rasa korang faham sebab apa aku namakan makan malam tu sebagai makan malam pru13!









logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makan malam PRU-13

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !