Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 23, 2013

Jamu guru Pasti An-Nur

  Mohd Shubhi       Thursday, May 23, 2013
Posting sebelum ni dan juga yang ini aku paparkan gambar hasil daripada kamera kompak Ricoh GX200 lama aku. Rasa seronok pulak gunakan kamera tersebut kerana kecil dan tak payah perembang melalui teropang kecil pada DSLR.

Bagi peminat gambar sharp cantik mungkin tak berapa gemar dengan hasil daripada gambar kamera aku ini. Tapi aku rasa dah ok sekadar apa yang aku dapat. Aku sebenarnya nak praktik buat composition tanpa pedulikan jenis kamera yang digunakan.

Kalau aku master dengan komposisi, tentu gambar yang akau rakamkan dengan apa jenis kamera pun akan nampak berseni. Rasanya setakat ini aku masih gagal menguasai komposisi mengambil gambar dengan baik. Biasalah aku hanya amatur...


Kembali pada tajuk asal posting ini, baru-baru ini aku telah sertai jamuan makan malam yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pasti An-Nur di Puchong yang terkenal asyik menang sebagai Pasti terbaik dalam program KKK di seluruh dunia. (Pasti hanya ada di Malaysia).

Pasti An-Nur memang tak pernah miss mengadakan makan malam setiap kali datangnya hari guru. Para guru pasti yang cukup berdedikasi sentiasa diraikan dan dihargai. Selepas ini aku paparkan pulak apa yang aku dan para guru serta yang lain-lain makan malam itu.





logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jamu guru Pasti An-Nur

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !